HomeIsu tempatanTadau Sukod Wagu berpotensi kumpul lebih ramai belia tahun depan

Tadau Sukod Wagu berpotensi kumpul lebih ramai belia tahun depan

Read Time:3 Minute, 0 Second

Penampang : Penganjuran program Tadau Sukod Wagu (Hari Belia) yang julung kali diadakan tahun ini dilihat berpotensi untuk mengumpul lebih ramai belia pada tahun akan datang.

Pengerusi Majlis Belia KDCA (KYC) Steve Johnny Mositun berkata, Tadau Sukod Wagu merupakan titik permulaan bagi menghimpunkan para belia Kadazan Dusun Murut dan Rungus (KDMR) meskipun berdepan pelbagai halangan.

Katanya, para belia yang terlibat dalam pelbagai bentuk aktiviti sama ada pertandingan atau pun persembahan berasa amat teruja, di samping menggamit perasaan seronok dan semangat kompetitif dalam kalangan mereka.

Sementara itu, acara Malam Pesta Muda Mudi turut menjadi platform kepada penggiat seni hiburan tempatan, menunjukkan bakat nyanyian dan memperkenalkan lagu-lagu Sabahan.

Acara pentas turut diselitkan dengan sesi perkongsian kejayaan beberapa usahawan muda seperti Ian Brolin Amih, yang dikenali menerusi jenama tempatan Headhunter Clothing, yang kini sudah terkenal di serata dunia, dan Chelsea Drew Balanting, seorang usahawan muda yang kian dikenali dalam bidang penanaman cendawan.

Kedua-dua figura ini memberi inspirasi kepada penonton bagaimana perjalanan hidup mereka sebelum berjaya mencapai kejayaan hari ini.

Gelagat pempengaruh terkenal Tik Tok, David Tutorial bersama anaknya Kumbibi, turut mencuri perhatian dengan memberi motivasi bukan setakat kepada anak muda tetapi juga kepada kanak-kanak pada malam itu.

Dalam perkongsiannya, David berpendapat, jika media sosial digunakan dengan tujuan yang baik, setidak-tidaknya mampu membantu masyarakat untuk lebih berfikiran kreatif dan positif.

Antara bakat yang menghiburkan acara Malam Pesta Muda Mudi ialah Rayner Ray selaku pengacara, Malvin Kalbin, Asbow Daling-Daling, Benn Simon Bukag, Marlleynney Fane, Aprillisa, Mc Ryan, Alister Alai, dan Maldini Sidney yang menutup tirai persembahan.

Kehadiran personaliti RTM, Enn Xaviera, menyerikan lagi sesi bersama pemimpin yang turut dihadiri Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, Presiden KDCA, Huguan Siou Tan Sri Joseph Pairin Datuk Kitingan, Timbalan Presiden KDCA, Datuk Seri Clarence Bongkos Malakun, dan Setiausaha Agung KDCA Datuk Suman Yasambun, pada hari kedua.

Kehadiran beberapa NGO seperti Persatuan Kebajikan Prihatin Pribumi Sabah, Tulid Youth Club, dan beberapa pelajar UITM turut menceriakan lagi suasana bersama pemimpin KDCA itu.

Steve turut berterima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa (AJK) di dalam KYC yang telah bertungkus-lumus membantu merealisasikan penganjuran tersebut.

“Ini merupakan program pertama di bawah KDCA, di mana objektif utama kita adalah untuk menghimpunkan belia KDMR, tetapi pada masa yang sama kita juga sentiasa terbuka kepada etnik lain untuk bersama berkongsi serta bertukar pendapat bagi mendapat satu titik persamaan yang membolehkan kita sebagai para belia Sabahan maju bersama selain berkongsi dan memelihara adat, kebudayaan dan martabat bangsa melalui KDCA.

Tambah Steve, program seumpama itu sepatutnya dijadikan platform yang membolehkan suara belia dapat didengar, mendapat inspirasi, pemerkasaan belia, merapatkan jurang bukan sahaja dalam kalangan anak muda, tetapi di antara kepimpinan tertinggi KDCA dengan para belia itu sendiri.

“Selain aktiviti perniagaan (vendor), kita menyaksikan persembahan tarian tradisional Kadazan Papar, persembahan Cosplay yang membawa watak pahlawan Sabah, bakat seni tarian.

Mengulas lanjut, Steve menambah semua itu jelas memberi mesej bahawa itulah sebenarnya yang diharapkan para belia, iaitu minat, cara penyampaian belia dengan aktiviti yang mereka minati itu perlu diberi perhatian agar dapat bersama-sama membina belia kreatif, positif dan inovatif.

“Tapak acara yang bebas dari asap rokok dan alkohol turut menjadikan acara ini mesra kepada kanak-kanak, di samping mempromosikan kesihatan dan disiplin diri para pengunjung terutamanya belia.

Beberapa belia dari pelbagai suku etnik turut memberi pendapat mereka mengenai program tersebut.

Pada kesempatan itu, Steve mengucapkan terima kasih kepada semua pemimpin KDCA yang hadir memberi sokongan sebagai suntikan semangat untuk mereka meneruskan acara tersebut pada tahun hadapan.

“Kepada pihak KDCA, KDCA Cultural Village, Polis Diraja Malaysia (PDRM), RELA, pihak penaja Qhazanah Sdn Bhd dan para penyumbang lain, terima kasih tidak terhingga,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS jadi universiti awam pertama Malaysia terima Biasiswa Kedutaan China

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular