HomeUtamaKemunculan e-book jadi saingan kepada buku fizikal

Kemunculan e-book jadi saingan kepada buku fizikal

Read Time:1 Minute, 51 Second

Penampang : Industri buku negara dilihat mengalami anjakan baharu khususnya dengan kemunculan buku dalam talian atau lebih dikenali sebagai ‘e-book’.

Bagaimanapun, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, setakat ini buku fizikal masih menjadi tarikan utama berbanding buku dalam talian.

Ini kerana katanya, rupa bentuk fizikal buku dapat dipegang selain ditatap dan dijadikan koleksi.

“Namun begitu, penerbit di negara kita mula menghasilkan e-book kerana ada permintaan khususnya daripada generasi milenial yang sudah terbiasa menggunakan gajet.

“Kemunculan buku dalam talian ini sedikit sebanyak sudah pasti menjadi saingan kepada penerbitan buku-buku secara fizikal.

“Peribahasa Melayu mengatakan ‘berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi’ yang memberi maksud ‘jika tidak rajin membaca dan giat belajar, tak akan tercapai cita-cita kita’. Maka pelaksanaan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) 2020-2030 yang mensasarkan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Membaca 2030 adalah besesuaian dengan peribahasa ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Buku Sabah di sini hari ini.

Arifin yang juga Exco Pendidikan Sabah berkata, aktiviti membaca terbukti dapat melonjakkan pemikiran kritis, keintelektualan, kapasiti otak, kecergasan emosi (EQ) dan kecerdasan intelektual (IQ).

Katanya, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) kini dalam rangka menyiapkan kajian profail membaca masyarakat Malaysia, namun berdasarkan dapatan 10 tahun lalu menunjukkan kadar membaca masyarakat Malaysia hanya empat buku setahun.

“Ia suatu jumlah yang kecil berbanding negara membangun lain seperti Thailand, India dan China. Sementara itu purata membaca rakyat di negara maju seperti Jepun pada kadar 10 hingga 30 buku setahun.

“Manakala dapatan kajian Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) di negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat (AS), negara Eropah, China, India, dan Thailand menunjukkan rakyatnya membaca lebih tujuh jam seminggu secara purata berbanding hanya empat jam rakyat Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Arifin berkata, industri buku negara menghadapi pelbagai cabaran khasnya berkaitan dengan kos penerbitan yang semakin meningkat

Katanya, ia termasuklah kos bahan percetakan, urusan percetakan dan kos sewaan kedai buku.

“Implikasinya dapat dilihat apabila beberapa kedai buku utama di Malaysia menamatkan operasi. Justeru, dengan adanya Pesta Buku sabah pada hari ini diharap dapat memberi peluang kepada para penerbit untuk memasarkan dan mempromosikan buku-buku mereka di samping menerapkan budaya membaca dalam masyarakat,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO PEJABAT MENTERI KSTI

RELATED ARTICLES
Utama

DBKK benarkan Taman Perdana Tanjung Aru beroperasi semula

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular