RANAU: Gempa bumi lemah bermagnitud 3.0 berlaku di Ranau, Sabah, pada jam 12.56 pagi Isnin.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataannya memaklumkan gempa itu berlaku pada koordinat 6.1 darjah Utara dan 116.6 darjah Timur, kira-kira 14 kilometer Barat Laut Ranau.
Gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 10 kilometer.
Menurut MetMalaysia, gegaran mungkin dirasai di sekitar Ranau.
MetMalaysia turut memaklumkan pihaknya akan terus memantau keadaan susulan kejadian gempa bumi itu.
Orang ramai yang merasai gegaran diminta mengisi borang soal selidik menerusi pautan https://forms.gle/



