HomeSukanDBKK juara Pesta Sukan Muhibah JKM

DBKK juara Pesta Sukan Muhibah JKM

Read Time:59 Second

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berjaya dinobatkan sebagai Johan keseluruhan kejohanan Pesta Sukan Muhibah Jabatan Ketua Menteri (JKM) kali ke-13 yang berakhir semalam.

Kejohanan yang diadakan selama seminggu itu dirasmikan penutupannya oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini semalam.

Sebanyak 10 jenis sukan dipertandingkan dalam kejohanan sukan dwi-tahunan itu, yang disertai oleh enam pasukan iaitu JKM (Perdana), DBKK, Jabatan Tanah dan Ukur, Perhutanan Sabah, Yayasan Sabah dan Sawit Kinabalu.

Menerusi kejohanan itu, DBKK berjaya meraih sembilan pingat emas dan satu pingat perak menjayakan agensi dibawah JKM itu membawa pulang hadiah piala pusingan.

Naib Johan kejohanan berjaya dimenangi Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) dengan satu pingat emas; tiga perak dan dua gangsa.

Ia diikuti Jabatan Tanah dan Ukur yang meraih satu pingat emasdan empat pingat gangsa; keempat dimenangi Jabatan Perhutanan dengan empat perak dan empat gangsa.

Manakala tempat kelima dimenangi JKM Perdana dengan meraish tiga perak dan satu gangsa dan keenam dimenangi Kumpulan Sawit Kinabalu.

Antara acara yang dipertandingkan pada Pesta Sukan itu ialah futsal, bola tampar, badminton, dart, bola sepak, ping pong, sepak takraw, golf, bola jaring, dan tenpin boling. – SABAH MEDIA/ FOTO JAPEN SABAH

RELATED ARTICLES
Sukan

280 peserta sertai ‘Tropical Rainforest Run 2024’ Ahad ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular