HomeSukan22 pasukan sertai pertandingan Badminton sempena jelajah usahawan bumiputera

22 pasukan sertai pertandingan Badminton sempena jelajah usahawan bumiputera

Read Time:39 Second

Menumbok : Sebanyak 22 pasukan sekitar kawasan Parlimen Beaufort telah menyertai pertandingan badminton yang berlangsing di Dewan Kampung Melikai di sini baru-baru ini.

Pertandingan yang diadakan sempena jelajah usahawan bumiputera Kuala Penyu bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Melikai itu dirasmikan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Beuafort Ak Yazri Pg Yahya.

Yazri berkata, meskipun pertandingan itu dilaksanakan di peringkat kampung namun ianya mampu menarik minat peserta untuk menyertai.

“Saya amat berbangga apabila pertandingan seumpama ini diadakan yang mana ia juga merupakan satu aktiviti yang mampu mencungkil bakat-bakat baharu khususnya dalam kalangan golongan muda,” katanya.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada pengerusi penganjur dan barisan pelaksana atas usaha yang baik ini.

Pertandingan itu berjaya dimenangi pasukan Power Rangers (johan); Aza Bopot (naib johan) dan pasukan Tanjung Aru di tempat ketiga. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
SukanUtama

206 peserta Climbathon bakal ‘takluk’ Gunung Kinabalu Ahad ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular