HomeUtamaKetua-ketua Adat disaran terus bekerja tanpa mengira perbezaan fahaman politik

Ketua-ketua Adat disaran terus bekerja tanpa mengira perbezaan fahaman politik

Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA BELUD: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Joachim menyarankan agar semua ketua-ketua adat terus bekerja tanpa mengira perbezaan fahaman politik.

“Teruskan perkhidmatan cemerlang kepada masyarakat. Bekerjalah tanpa mengira perbezaan fahaman politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan amanat kepada lebih 100 yang hadir yang terdiri daripada Ketua Daerah, Ketua-ketua Anak Negeri (KAN), Wakil-wakil Ketua Anak Negeri (WKAN), ketua-ketua kampung dan penduduk pada Majlis Santai dan Ramah Mesra yang diadakan di Sosodoton on View Piasau, Kampung Piasau, di sini, hari ini.

Dr. Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan itu turut mengucapkan terima kasih kepada ketua-ketua adat yang telah menamatkan tempoh perkhidmatan mereka termasuk ada yang akan berakhir pada tahun hadapan.

“Kerajaan Negeri mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua adat yang telah berkhidmat dalam tempoh Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Plus memerintah,” katanya.

Tambahnya, Kerajaan Negeri amat menghargai sumbangan ketua-ketua adat dan ini dibuktikan dengan kenaikan elaun ketua-ketua bermula Ogos tahun ini.

Beliau juga berkata, Kerajaan GRS Plus mempunyai rekod pencapaian yang terbaik berbanding kerajaan sebelum ini.

Sementara itu, Ketua Daerah Kota Belud, Roslan Duraman berterima kasih atas kesudian Dr. Joachim meluangkan masa bertemu dengan semua ketua-ketua adat pada majlis tersebut.

Katanya, DUN Kadamaian mempunyai empat KAN, 11 WKAN dan 74 ketua kampung.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular