HomeUtamaKerajaan negeri memastikan pelaksanaan Jendela di Sabah lancar

Kerajaan negeri memastikan pelaksanaan Jendela di Sabah lancar

Read Time:53 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan memastikan Pelan Jalinan Digital Nasional (Jendela) dilaksanakan dengan lancar di Sabah.

“Arahan saya jelas. Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pejabat daerah mesti memudahkan supaya projek di bawah Jendela di negeri ini dilaksanakan dengan lancar,” katanya ketika menerima kunjungan Menteri Komunikasi dan Digital Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil di pejabatnya di Menara Kinabalu dekat sini hari ini.

Antara isu yang dibincangkan ialah menyegerakan program Jendela untuk mencapai 100 peratus sasaran sambungan internet menjelang akhir 2025.

Turut dibincangkan ialah cadangan pengembalian semula 300 Very Small Aperture Terminal (VSAT) penyambungan satelit di kawasan luar bandar di Sabah, meningkatkan bilangan Digital Pusat Ekonomi PEDI dari 118 kepada 200 dan mempercepatkan penyiapan semasa pembinaan dan pemasangan menara dan PoP (point of presence at schools).

Mengiringi Ahmad Fahmi ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Pengarah Penyiaran Datuk
Suhaimi Sulaiman, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Dato’ Mohd Sukari Ab Hamid dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

RELATED ARTICLES
Utama

102 KIR terjejas banjir di Penampang terima sumbangan Perdana Menteri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular