HomeUtamaPelaksanaan Kedai Jujur semai integriti dalam kalangan pelajar

Pelaksanaan Kedai Jujur semai integriti dalam kalangan pelajar

Read Time:1 Minute, 53 Second

Tuaran : Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Nangka di sini bersama lapan lagi sekolah termasuk satu Wisma Pendidikan Sabah menjadi perintis kepada pelaksanaan Program Kedai Jujur yang menjual barang-barang ‘fast moving items’ tanpa penjaga pada masa persekolahan.

Program yang dilaksanakan Petra Energy Berhad (Petra) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah; Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dan Persatuan Anti Korupsi Malaysia (PAKAR) itu merupakan satu inisiatif bagi menyemai integrity dalam kalangan pelajar.

Majlis pelancaran telah disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan turut dihadiri  Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.

Hajiji ketika berucap berkata, kedai yang menjual barang-barang ‘fast moving items’ tanpa penjaga pada masa persekolahan itu melibatkan pembeli yang terdiri daripada komuniti pelajar, guru, ibu bapa dan orang awam yang akan memasukkan bayaran berbentuk wang ke dalam tabung yang disediakan.  

Katanya, Kedai Jujur tidak bermotifkan keuntungan dan ianya lebih berlandaskan pembelajaran berasaskan eksperimen yang mampu mendidik anak-anak bersikap jujur untuk membayar dahulu sebelum mengambil barang yang diperlukan, kerana  integriti.  

Menurutnya lagi, Kedai Jujur merupakan salah satu inisiatif dalam mempersiapkan diri pelajar-pelajar sekolah sejak kecil lagi dengan penerapan nilai-nilai murni.  

“Tabiat bermoral seperti itu perlu diterapkan bermula dari alam persekolahan lagi, supaya ia menjadi pegangan hidup apabila mereka dewasa kelak. Konsep kedai jujur ini boleh dijadikan benteng utama di peringkat awal lagi, bagi menghalang pelakuan pelajar sekolah tidak berintegriti kelak,” katanya.

Hajiji berkata, konsep Kedai Jujur tidak asing di negeri Sabah kerana ia sinonim dengan  ‘gerai jualan tanpa penjaga’ yang boleh dilihat di tepi-tepi jalan di sepanjang jalan raya di beberapa daerah di negeri ini.  

Katanya, peniaga hanya meletakkan tabung khas untuk pelanggan yang singgah membeli dan memasukkan bayaran ke dalam tabung tersebut, yang mana peniaga hanya mengharapkan kejujuran daripada pembeli. 

Selain SMK Sri Nangka, lapan sekolah lain yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Labuan Kota Belud; SK Buang Sayang Papar; Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Good Shepherd Menggatal Kota Kinabalu; SK Kimondou, Ranau; SMK SANZAC; SMK Agama Tun Ahmadshah, Inanam; SMK Limbanak, Penampang dan SK Sembulan, Kota Kinabalu.

Sebanyak RM2,000 masing-masing disumbangkan Petra kepada sekolah-sekolah terlibat dan Wisma Pendidikan sebagai modal pusingan dan Kiosk Kedai Jujur berharga RM3,500 – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Semak Semula Arahan MKN No 20 Untuk Mantapkan Mekanisme Pengurusan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya