HomeIsu tempatan51 murid SK Long Pasia terima SBK Kumpulan Yayasan Sabah

51 murid SK Long Pasia terima SBK Kumpulan Yayasan Sabah

Read Time:39 Second

Kota Kinabalu : Seramai 51 murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Long Pasia, Sipitang menerima Sumbangan Bantuan Khas (SBK) daripada Kumpulan Yayasan Sabah (KYS).

Penyampaian sumbangan yang diadakan Sabtu lalu itu adalah bersempena program Komuniti Perkhidmatan Bergerak (MCS) anjuran Perbendaharaan Malaysia Sabah.

Penyerahan bantuan itu disampaikan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sindumin, Wendey Agong Baruh.

Setiap murid akan mendapat satu set barangan peralatan sekolah iaitu beg sekolah, buku dan alat-tulis.

SBK merupakan salah-satu pendekatan dan inisiatif KYS di bawah Program Yayasan Bersama Rakyat (YSBR) untuk menyantuni rakyat di luar bandar terutamanya golongan B40.

KYS turut menyertai pameran bagi  menawarkan perkhidmatan untuk anak-anak muda dari Long Pasia peluang meningkatkan kemahiran mereka di Pusat Kraftangan (PKS) dan peluang pengajian di Universiti College Sabah Foundation (UCSF). – SABAH MEDIA / FOTO KYS

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Peranan alumni UPNM di Sabah bantu kukuhkan hubungan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya