HomeIsu tempatanTapak baharu Klinik Kesihatan Sepulot di kenal pasti untuk pembinaan semula

Tapak baharu Klinik Kesihatan Sepulot di kenal pasti untuk pembinaan semula

Read Time:1 Minute, 24 Second

Nabawan : Tapak baharu Klinik Kesihatan Sepulot di sini telah dikenal pasti bagi tujuan pelaksanaan pembinaan semula fasiliti berkenaan. 

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, sebelum ini Klinik Kesihatan kawasan berkenaan telah beroperasi sejak tahun 90-an.

“Namun demikian, pada dua tahun lalu bangunan berkenaan diisytiharkan tidak lagi selamat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) atas faktor pergerakan tanah.

“Perbincangan telah diadakan dengan Pejabat Daerah serta Jabatan Tanah Dan Ukur Sabah (JTU) untuk mengenal pasti kawasan tapak baharu tidak jauh dari kawasan pekan yang lebih selamat dan sesuai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Pemeriksaan Kesihatan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sepulot di sini semalam.

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, tanah tersebut sedang melalui proses serahan JTU kepada pihak kesihatan dan apabila ianya selesai, Kementerian Kesihatan Malaysia bolehlah menyenaraikan cadangan pembinaannya dalam Rancangan Pembangunan Malaysia. 

“Kita akan mengusahakan agar pembinaan klinik ini diutamakan dalam pelan-pelan pembangunan yang akan datang,” katanya.

Program berkenaan dianjurkan Rotary Club Of Likas Baydengan kerjasama Hospital Keningau, Klinik Kesihatan Keningau, Hospital Universiti Malaysia Sabah, SMK Sepulot dan turut ditaja oleh Arthur.

Di samping itu, Arthur turut memaklumkan beberapa sesi perbincangan dengan Unit Perancangan Ekonomi Persekutuan telah diadakan agar pembinaan fasiliti tersebut diutamakan kerana sangat diperlukan untuk perkhidmatan kesihatan penduduk Sepulot. 

“Cadangan pembinaan klinik akan mempertimbangkan banyak aspek dan menumpukan peningkatan kualiti perkhidmatan berbanding dahulu.

“Kita juga mengambilkira pertambahan bilangan penduduk dan potensi ekonomi pekan ini yang boleh menjadi persinggahan perjalanan ke Tawau, Kalabakan, Pegalongan seterusnya Kalimantan, Indonesia,” katanya. 

Program sehari berkenaan menyediakan perkhidmatan kesihatan umum, kanak-kanak, pemeriksaan gigi, mata, saringan kanser payu dara dan pangkal rahim serta pendidikan kebersihan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Aura Ustaz Abdul Somad tarik perhatian 10,000 umat Islam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular