HomeIsu tempatanSindiket seludup PATI guna bot pancing tumpas

Sindiket seludup PATI guna bot pancing tumpas

Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Maritim Negeri Sabah telah berjaya menumpaskan sindiket ‘transporter’ Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di perairan Kota Kinabalu dalam satu operasi khas kelmarin.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, tangkapan ini dibuat berikutan maklumat risikan dan intipan mengenai aktiviti sindiket PATI yang menggunakan bot pancing tempatan bagi mengaburi penguatkuasa dalam membawa masuk dan keluar PATI di perairan Sabah.

Katanya, operasi khas bagi menyerbu sindiket bermula dengan pengesanan ke atas sebuah bot pancing tempatan yang sedang bergerak dalam keadaan mencurigakan dan telah ditahan di kedudukan kira-kira 1.0 batu nautika barat laut, Pulau Sepanggar, sekitar 11.30 malam kelmarin.

Hasil pemeriksaan ke atas bot mendapati seramai 11 individu termasuk tekong berada dalam bot tersebut. Tekong serta lima penumpang lelaki termasuk seorang remaja perempuan merupakan warga Filipina yang tidak memilik sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Manakala, empat lagi penumpang warga tempatan iaitu tiga lelaki dan seorang wanita dan kesemua mereka berumur dalam lingkungan sembilan hingga 61 tahun.

Siasatan awal mendapati, sindiket ini menggunakan bot pancing sebagai kaedah pengangkutan pergi dan balik dari Kota Kinabalu ke Pulau Banggi yang bersempadan dengan Filipina bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Kes akan disiasat di bawah seksyen 6(1)(c) – Akta Imigresen 1959 dan seksyen 8(2)Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002.

Bot, tekong dan penumpang dibawa ke Jeti Maritim Negeri Sabah, Sepanggar untuk tindakan lanjut.

RELATED ARTICLES
Utama

Tambah baik Jejantas Petagas bakal tingkat keselamatan penduduk – Shahelmey

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular