HomeUtamaPICK : Meskipun Ragu, Penerima Vaksin Tetap Semangat Untuk Hadir Ke PPV...

PICK : Meskipun Ragu, Penerima Vaksin Tetap Semangat Untuk Hadir Ke PPV Demi Melindungi Keluarga

Read Time:1 Minute, 55 Second

KOTA KINABALU : “Pada mulanya saya agak ragu selepas melihat beberapa kes yang dikaitkan dengan pemberian vaksin ini,namun saya tetap semangat untuk mendaftar” kata penerima vaksin, Salbinous Saribun,36.

Beliau yang bertugas sebagai penjawat awam mengakui meskipun berasa ragu namun dia tetap membuat pendaftaran awal menerusi aplikasi MySejahtera pada 26 Februari lalu selepas pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan.

Katanya, meskipun ragu dan risau, dia kekal dengan pendirian untuk mengambil vaksin selepas membuat bacaan mengenai kebaikan pengambilan vaksin COVID-19 kepada individu tanpa mengira usia.

“Sebenarnya vaksin ini baik untuk kita semua kerana ia umpama ‘perisai’ kepada diri kita namun ia bukanlah alasan untuk kita tidak mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Janganlah dengar khabar-khabar angin mengenai keburukan vaksin ini kerana vaksin ini telah memberi manfaat yang baik kepada diri dan keluarga kita, bagi yang belum mendaftar, segeralah mendaftar,” katanya kepada Sabah Media disini hari ini.

Salbinous yang menerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institusi Pengajian Tinggi Universiti Malaysia Sabah (IPT-UMS) pada 18 Jun lalu turut mengakui menunggu hampir empat bulan untuk diberi tarikh janji temu vaksinasi.

Katanya, selepas menerima vaksin, terdapat sedikit kesan sampingan biasa seperti lenguh badan dan rasa mengantuk namun kembali stabil selepas beberapa hari menerima suntikan vaksin.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas inisiatif dalam memberikan vaksin COVID-19 secara percuma kepada rakyat di seluruh negara.

“Vaksin merupakan satu-satunya cara untuk kita menguatkan imuniti bagi menghadapi pandemik COVID-19 walaupun di Sabah pada awalnya ada sedikit perlahan, namun pada masa ini, Sabah mempunyai keupayaan sehingga 60,000 dos vaksin sehari.

“Saya percaya sasaran kerajaan sebanyak 60 peratus populasi di Sabah pada September ini akan mampu tercapai sekiranya semua pihak termasuk masyarakat hadir temujanji vaksin,” katanya.

Sementara itu, bagi seorang lagi penerima vaksin, Madzaral Sebalun,44, turut mengakui berasa ragu untuk menerima vaksin disebabkan pelbagai khabar angin yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

Walaubagaimanapun katanya, atas nasihat dan kewajipan untuk menjaga kesihatan dan keselamatan keluarga, beliau tetap meneruskan niat untuk mendaftar sebagai penerima pada 26 Mei lalu.

“Sebagai ketua keluarga, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mengambil vaksin demi melindungi keluarga lebih-lebih lagi saya mempunyai seorang anak kecil berusia enam bulan.

“Saya mendapat tarikh janji temu melalui MySejahtera pada 12 Jun lalu dan sehingga kini saya rasa selamat untuk melindungi keluarga,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sistem Rotation: Penyelesaian kepada Isu Little Napoleon dalam Pentadbiran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular