HomeIsu tempatanLebih 2,000 orang hadir Himpunan Solidariti Palestin

Lebih 2,000 orang hadir Himpunan Solidariti Palestin

Read Time:1 Minute, 2 Second

Kota Kinabalu : Lebih 2,000 orang masyarakat sekitar bandaraya Kota Kinabalu semalam menghadiri Himpunan Solidariti Palestin  bagi menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Himpunan yang berlangsung di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu dianjurkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS dengan kerjasama Kelab Rakan Masjid UMS.

Majlis itu turut dihadiri Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr Kasim Mansor dan aktivis yang juga pengasas Persatuan Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Kasim ketika berucap berkata, penganjuran himpunan itu merupakan satu inisiatif yang baik khususnya dalam meningkatkan lagi kesedaran, pemahaman dan sokongan terhadap rakyat Palestin.

Katanya, program itu juga turut menyediakan pendidikan dan pengetahuan tentang isu Palestin melalui sesi perkongsian, sekali gus melancarkan Tabung Solidariti Palestin yang merupakan hasil gerakan dan inisiatif Persatuan Mahasiswa UMS.

”Matlamat akhir adalah untuk menyokong hak rakyat Palestin dan mempromosikan keadilan, kedamaian, dan kemerdekaan Palestin melalui usaha di peringkat universiti merangkumi semua warga UMS.

“Usaha berterusan sedemikian sangat penting ke arah menyokong pembentukan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat selaras dengan keazaman Kerajaan Malaysia yang lantang menyuarakan solidariti untuk rakyat Palestin,” katanya.

Pada himpunan itu, orang ramai yang hadir turut mendengar perkongsian daripada Muhammad Nadir yang juga alumni UMS pada 2010. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dijemput hadir ke pameran khas karya seni Tuan Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular