HomeIsu tempatanMayat warga emas wanita ditemui terapung di pantai Teluk Likas

Mayat warga emas wanita ditemui terapung di pantai Teluk Likas

Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Seorang warga emas yang dilaporkan hilang kurang dari 24 jam, mayatnya ditemui terapung di laut tepi pantai Teluk Likas di sini petang tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Kalsom Idris berkata, berdasarkan temubual saksi jam lebih kurang 3.32 petang, bertempat di pantai Teluk Likas, ketika beriadah di kawasan berkenaan telah terdengar kanak-kanak menjerit menyatakan ada patung di tepi laut dan mendapati seorang wanita dewasa dalam keadaan terapung dan tidak sedarkan diri dipercayai telah meninggal dunia.

“Mangsa seorang wanita berusia 61 tahun dipercayai berkaitan kes orang hilang bersabit laporan di Luyang yang dilaporkan anak mangsa selepas menyedari mangsa tiada di dalam rumah pada 15 November 2023, jam 6.30 pagi.

“Pada jam 1.30 tengah hari, bertempat di bahu jalan Tanjung Lipat, Kota Kinabalu, anak mangsa telah menjumpai kereta milik mangsa dan turut menjumpai tuala yang dikenal pasti adalah milik mangsa berada di atas batu di tepi pantai.

“Anak mangsa telah membuat laporan polis untuk mengesan ibunya sehinggalah penemuan mayat mangsa pada jam 3.32
petang tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Kalsom, siasatan ditempat kejadian tidak menunjukkan berlakunya sebarang unsur perbuatan jenayah yang boleh dikaitkan sebagai punca kematian mangsa.

“Kes diklasfikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular