HomeIsu tempatanMahkamah bergerak inisiatif untuk masyarakat dapat akses keadilan

Mahkamah bergerak inisiatif untuk masyarakat dapat akses keadilan

Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Belud : Program Mahkamah Bergerak merupakan satu inisiatif untuk masyarakat khususnya di kawasan pedalaman mendapatkan akses kepada keadilan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Arif Datuk Christopher Chin Soo Yin berkata, setiap warganegara Malaysia berhak mendapatkan akses kepada keadilan dan ini merupakan cara terbaik bagi memastikan perkhidmatan tersebut dapat dicapai dengan jayanya.

“Program hasil inisiatif Mantan Ketua Hakim Negara,Tun Richard Malanjum ini juga sentiasa ditambah baik dari segi infrastruktur bagi memastikan lebih capaian ke kawasan pedalaman yang lain.

“Bagi kawasan yang tidak mempunyai akses jalan raya, pihak mahkamah turut bekerjasama dengan kelab kenderaan pacuan empat roda bagi membolehkan perkhidmatan berkenaan sampai kepada penduduk di kawasan tersebut.

“Program yang sudah berjalan selama 20 tahun ini sentiasa giat melaksanakan program setiap bulan dan lokasi seterusnya dijangka akan diadakan di Pulau Banggi, Kudat pada bulan hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Program Mahkamah Bergerak di Kampung Taginambur Kadamaian, di sini semalam.

Christopher berkata, pelbagai jabatan dan agensi lain juga turut sama menjayakan program dengan menawarkan perkhidmatan antaranya Khidmat Nasihat Undang-Undang oleh Peguam dari Pertubuhan Peguam Sabah, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Insolvensi Malaysia.

Beliau turut meluahkan penghargaan kepada Pejabat Daerah Kota Belud atas kerjasama dengan membantu penduduk hadir dan menyediakan kemudahan sepanjang program ini diadakan.

Hadir sama, Penolong Pegawai Daerah Pembangunan, Leprus Esuvas@Giswa dan Ketua Penolong Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Pitrus Lee.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

96 kakitangan KYS sertai ceramah keselamatan jalan raya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular