HomeSukanSukan Sabah : Kota Kinabalu mahu mengekalkan kejuaraan

Sukan Sabah : Kota Kinabalu mahu mengekalkan kejuaraan

Read Time:1 Minute, 50 Second

Kota Kinabalu : Kontinjen Kota Kinabalu mahu mengekalkan kejuaraan pada temasya Sukan Sabah (SAGA) edisi ke-10 yang akan berlangsung bermula 16 Disember ini.

Temasya sukan yang akan berlangsung selama seminggu itu akan diadakan di empat buah daerah iaitu Kota Kinabalu sebagai tuan rumah; Ranau; Tuaran dan Keningau.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) merangkap Chef De Mission Kontinjen SAGA Kota Kinabalu Robert Lipon berkata, pihaknya yakin semua pasukan terlibat telah bersedia sepenuhnya.

“SAGA secara rasmi akan bermula pada minggu depan dan Datuk Mayor mahu kita mengekalkan kejuaraan yang selama ini Kota Kinabalu juara dan biarlah dia juara berterusan.

“Saya lihat semua pasukan telah pun bersedia, pengurus pasukan telah berusaha selama ini saya saya ucapkan terima kasih atas bantuan semua pihak dalam pasukan mewakili Kota Kinabalu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perjumpaan bersama Chef De Mission dengan pengurus pasukan dan penyerahan bendera sempena SAGA X Kota Kinabalu 2023 di sini semalam.

Pada SAGA edisi kesembilan 2019 di Keningau, kontinjen Kota Kinabalu berjaya merangkul kejuaraan dengan pungutan pingat sebanyak 30 pingat emas; 26 perak dan 23 gangsa seterusnya menghalang Keningau mempertahankan kejuaraan pada edisi tersebut.

Kota Kinabalu dijangka akan meneruskan penguasaan dalam beberapa sukan yang dipertandingkan antaranya Badminton; Olahraga; Memanah dan Karate.

Pada edisi kesembilan, Kota Kinabalu berjaya merai empat pingat emas dalam acara Badminton; Olahraga sebanyak lima emas; memanah (tiga emas) dan Karate (enam emas).

Sebanyak 22 jenis sukan akan dipertandingkan pada temasya SAGA edisi ke-10 kali ini melibatkan seramai 3,110 orang atlet dan pegawai di daerah Kota Kinabalu, 1,298 orang di daerah Tuaran dan 794 orang di daerah Penampang.

Selain itu seramai 988 orang akan terlibat di daerah Putatan, 235 orang di daerah Ranau, 140 orang di daerah Keningau dan selebihnya 394 orang merupakan pegawai urus setia.

Dalam pada sebanyak 182 pingat Emas, 182 pingat Perak dan 262 pingat Gangsa akan menjadi rebutan, di mana 103 acara ditawarkan dalam kategori Lelaki, 75 acara untuk kategori Wanita dan empat acara untuk kategori Campuran.

SAGA merupakan platform kepada ahli-ahli sukan atau atlet daripada 28 daerah di seluruh negeri Sabah, bertanding sebelum dikenalpasti dan dipilih mewakili negeri ini untuk menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 Sarawak yang akan berlangsung Ogos tahun depan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Nguyen Anh Minh & Sieun Lee dinobatkan juara Kejohanan Golf Amatur...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular