HomeUtamaPelaksanaan pengapungan harga minyak diesel 1 Jan 2024 tidak benar

Pelaksanaan pengapungan harga minyak diesel 1 Jan 2024 tidak benar

Read Time:54 Second

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ingin menjelaskan bahawa beberapa hantaran yang dimuat naik menerusi media sosial berkaitan “subsidi diesel dihapuskan bagi kenderaan diesel bermula 1 Januari 2024” adalah maklumat yang tidak benar.

Menerusi kenyataan media Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Putrajaya hari ini, untuk makluman, KPDN sedang menjalankan projek rintis bagi melihat keberkesanan sistem fleet card dan Sistem MySubsidi Diesel melibatkan enam
syarikat yang menerima kuota bagi skid tank mereka yang akan tamat tempoh pada
14 Januari 2024. Ia sama sekali tidak melibatkan pengguna kenderaan diesel individu.

Menurutnya, proses pengujian ini perlu dilaksanakan bagi melihat kecekapan sistem yang dibangunkan agar ia benar-benar menepati spesifikasi dan matlamat penyasaran semula subsidi diesel seperti mana yang dirancang.

Katanya, KPDN berharap agar tidak ada mana-mana pihak menghebahkan sesuatu perkara yang tidak jelas dan boleh mengelirukan orang ramai.

“Sebarang pengumuman rasmi hanya akan dibuat oleh pihak KPDN dan Kementerian Kewangan berhubung mekanisme pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel setelah selesai sesi libat urus dan uji lari sistem fleet card dan Sistem MySubsidi Diesel dilaksanakan,” kata kenyataan itu.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah berjaya bawa banyak perubahan positif dalam ekonomi, aspek pembangunan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular