HomeIsu tempatanRakyat Sabah dijemput ke sambutan Hari Krismas di Padang Merdeka, 12-15 Dis...

Rakyat Sabah dijemput ke sambutan Hari Krismas di Padang Merdeka, 12-15 Dis ini

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Meneruskan tradisi menyebarkan keriangan pada musim cuti, orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi sambutan Kota Kinabalu Christmas Celebration 2023 (KKCC 2023) kali ke-18 yang diadakan di Padang Merdeka, bermula 12 hingga 15 Disember ini.

Sambutan kali ini yang bertemakan Krismas: Perpaduan dan Harmoni’ merupakan anjuran bersama Majlis Gereja-Gereja Sabah (MGGS), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), manakala Yes 5G sebagai penaja utama adalah terbuka kepada seluruh orang awam, bermula jam 6 petang hingga 10 malam setiap hari.

Acara perasmian sambutan KKCC 2023 telah diadakan pada 12 Disember 2023 (Selasa) dan dihadiri Datuk Seri Dr Jeffrey G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah; Brigadier Jeneral Datuk Al Hambra Tun Juhar, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah; Archbishop Datuk Melter Jiki Tais, Presiden Majlis Gereja-gereja Sabah, Junainah Abbie, Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu mewakili Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, dan Wing K Lee, Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communication Sdn Bhd.

Dalam pada itu, selaku penaja utama sambutan Hari Krismas pada kali ini, Yes 5G sekali lagi akan menampilkan hiasan Pokok Krismas Yes setinggi 53 kaki untuk menghiasi suasana Padang Merdeka sekali gus menambahkan sentuhan keanggunan pada sambutan kali ini.

Oleh itu, para pengunjung dialu-alukan untuk mengunjungi kiosk Yes yang berada di kawasan karnival untuk mengalami kelajuan Yes 5G dan menikmati keistimewaan promosi Hari Krismas.

Terdapat juga permainan karnival, seperti “Feed the Snowman” dan “Ring in the Reindeer” di mana peserta berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular