HomeUtamaTular ”Sotong Manis RM50”, premis diambil tindakan harga mengelirukan

Tular ”Sotong Manis RM50”, premis diambil tindakan harga mengelirukan

Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Tular di media sosial semalam, sebuah restoran di kawasan Kota Kinabalu yang menjual lauk sotong manis berharga RM50.00, telah diambil tindakan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sabah kerana meletakkan harga mengelirukan pengguna.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Sabah Zulfamy Mat Udi berkata, KPDN telah menjalankan pemeriksaan dan siasatan lanjut terhadap restoran terbabit pada hari ini.

“Bertindak atas aduan, sepasukan anggota penguat kuasa KPDN telah menjalankan pemeriksaan dan siasatan secara fizikal di premis diadu.

“Berdasarkan pemeriksaan, premis tersebut ada menunjukkan tanda harga bagi setiap makanan dan minuman yang dijual termasuk sotong manis. Walau Bagaimanapun, KPDN menasihatkan pemilik premis supaya memaklumkan harga dengan lebih jelas dari segi saiz sotong manis tersebut.

“Sebagai contoh, berapa harga untuk sotong manis saiz kecil, sederhana dan besar. Penandaan harga lebih khusus ini untuk mengelakkan kekeliruan pengguna.

“Sebagai tindakan lanjut, premis telah dikenakan tindakan dan disiasat di bawah kesalahan Seksyen 12 Akta Perlindungan Pengguna 1999 kerana meletakkan harga mengelirukan serta tidak jelas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, menurut Zulfamy, satu Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) dibawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 bagi makanan
sotong manis juga dikeluarkan kepada permis tersebut bagi mendapatkan maklumat berhubung harga makanan tersebut dan diminta untuk memberi maklumbalas dalam tempoh dua hari.

Katanya, tindakan diambil dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan
(AKHAP) 2011 dan siasatan masih dijalankan sementara menunggu maklum balas daripada peniaga kepada KPDN Sabah.

Sehubungan dengan itu, beliau menasihatkan orang ramai untuk bertanya terlebih dahulu kepada pemilik kedai atau menyemak senarai harga yang dipamerkan sebelum mengambil makanan, bagi mengelakkan masalah tersebut berlaku.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular