HomeUtamaMyCC tingkat pemantuan, penguatkuasaan tahun depan - Armizan

MyCC tingkat pemantuan, penguatkuasaan tahun depan – Armizan

Read Time:2 Minute, 21 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PAPAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) khususnya Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) akan meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan mengekang kartel khususnya dalam tiga sektor utama iaitu makanan, pertanian dan tipuan bidaan pada tahun hadapan.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, tiga fokus kepada MyCC pada tahun hadapan itu adalah untuk memastikan wujudnya KPDN yang sihat dan memastikan proses persaingan digalakkan dan dikawal dengan sebaiknya.

“KPDN merupakan kementerian antara teras kefungsiannya untuk mewujudkan perdagangan dalam negeri yang sihat dan progresif. Ini termasuk elemen untuk membanteras isu-isu yang melibatkan aktiviti anti-persaingan dalam pasaran.

“Sebagai salah satu agensi di bawah KPDN, MyCC bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Persaingan 2010. Antara fokus adalah untuk mengekang kewujudan kartel yang boleh wujud dalam bentuk pakatan harga, pasaran, pengeluaran dan tipuan bidaan,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Trek Larian Getah Sintetik Padang Pekan Papar Dan Program Jualan Rahmah di sini hari ini.

Menurut Armizan, empat komponen kartel yang wujud yang boleh memanipulasi pasaran sehingga menyebabkan tidak wujudnya persaingan yang sihat.

“Jadi selain daripada persaingan manipulasi harga ini, isu sebenarnya berkait rapat dengan kos sara hidup rakyat kerana kita tahu bahawa sistem ekonomi adalah bergantung atau dipengaruhi oleh faktor penawaran dan permintaan yang seimbang.

“Tapi sekiranya wujudnya elemen kartel yang memanipulasi pasaran dgn pakatan-pakatan tertentu dalam industri boleh menyebabkan harga-harga barang masyarakat contohnya meningkat pada kadar yang tidak munasabah dan kes ini adalah terkait dengan manipulasi pakatan di kalangan industri yang terlibat dalam penghasilan dan pengeluaran bahan makanan ayam.

“Kesannya harga makanan itu naik, harga ayam yang ditawarkan kepada rakyat juga meningkat itu yang berlaku. Jadi kita melihat ada bukti wujudnya pakatan itu berlaku, jadi itulah peranan MyCC memantau keadaan tersebut,” katanya.

Justeru katanya, pada tahun hadapan peranan MyCC ini akan menjadi jauh lebih penting kerana dua faktor iaitu pada tahun depan akan dilaksanakan penyesaran semula subsidi maksudnya banyak barang-barang keperluan rakyat diapungkan.

“Ini kerana cabaran akan lebih besar tahun hadapan apabila dilaksanakan penyasaran semula subsidi. Harga barang akan diapungkan dan akan dipengaruhi oleh faktor penawaran dan permintaan. Kewujudan kartel dalam bentuk manipulasi dalam pasaran demi memaksimakan keuntungan industri secara tidak wajar dan merugikan rakyat,” katanya.

Semalam dalam kenyataan, MyCC menjelaskan ia telah mengenakan penalti berjumlah sekitar RM415.5 juta kepada lima syarikat pengisar makanan ayam kerana melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712) melalui pembentukan kartel penetapan harga makanan ayam.

Mengulas lanjut, Armizan berkata ia merupakan ia adalah kes terbesar sejak 12 tahun MyCC ditubuhkan.

“Saya fikir dua hari lepas itu satu kes terbesar semenjak MyCC ditubuhkan pada tahun 2011 yang lalu, penaliti yang melibatkan lima syarikat dengan nilai RM415.5 juta itu merupakan kes terbesar.

“Saya mengharapkan dengan adanya kes ini ia menjadi peringatan kepada pihak industri agar menjunjung etika dalam berniaga dan sama-sama kita menegakkan dan mewujudkan persaingan yang sihat,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular