HomeSukanSAGA X : Tiga daerah tunjuk peningkatan paling ketara

SAGA X : Tiga daerah tunjuk peningkatan paling ketara

Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu : Tiga daerah di negeri ini berjaya menunjukkan peningkatan paling ketara sepanjang penganjuran Sukan Sabah (SAGA) edisi ke-10 yang diadakan selama tujuh berakhir semalam.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, antara daerah yang dilihat menonjol pada temasya sukan dwi tahunan itu adalah Kunak; Kuala Penyu dan Tuaran.

“Peningkatan paling ketara, maksudnya dari segi prestasi pingat yang dahulunya tiada pingat dan kali ini berjaya mengutip pingat ialah daerah Kunak yang mendapat empat pingat emas seterusnya menamatkan kemarau pingat emas mereka di temasya SAGA ini.

“Daerah Kunak tidak pernah memenangi pingat sepanjang edisi SAGA yang dianjurkan sebelum ini.  Bagi daerah Kuala Penyi pula, atlet mereka telah berjaya memecahkan rekod 12 tahun sukan olahraga dalam acara 400 meter lelaki dan 4 x 400 meter lelaki dengan catatan maa 48.70s,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pusat Media SAGA ke-10 di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di sini semalam.

Ellron berkata, Semporna adalah daerah paling kurang memberikan saingan di SAGA edisi kali ini dengan tidak memenangi sebarang pingat emas.

Semporna pada SAGA X hanya memungut satu pingat perak menerusi acara pencak silat Kelas J (90kg-95kg) lelaki dan satu pingat gangsa menerusi e-sport (mobile legend) wanita.

Beliau juga memberitahu seramai 289 atlet dilaporkan telah menarik diri daripada 10 jenis sukan terutamanya sukan olahraga dan silat.

“Kita perlu tahu kenapa boleh berlaku, sepatutnya apabila kita sudah mendaftar, kita terus bertanding. Kita tidak mahu ini menjadi satu budaya,” ujarnya lagi.

Bagi acara pencak silat, jumlah penyertaan awal adalah seramai 559 orang merangkumi 466 atlet dan 93 pegawai manakala atlet yang menarik diri adalah seramai 126 orang menjadikan penyertaan sebenar berbaki 433 atlet.

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala SMJ : Persiapan Sabah FC untuk lihat kekuatan, kelemahan pasukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya