HomeUtamaPaparian nikmati kemudahan Trek Larian Sintetik yang telah siap

Paparian nikmati kemudahan Trek Larian Sintetik yang telah siap

Read Time:2 Minute, 39 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PAPAR: Hasrat warga Papar untuk menikmati kemudahan Trek Larian Sintetik Padang Pekan Papar kini tercapai.

Trek Larian Sintetik yang mempunyai enam lorong dan menelan kos RM1.2 juta itu telah siap sepenuhnya dan sudah boleh digunakan oleh masyarakat setempat.

Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, tempoh pelaksanaan projek ini hanya mengambil masa selama dua bulan untuk disiapkan termasuk kerja-kerja meratakan tanah sebelum pemasangan trek sintetik.

“Alhamdulillah ianya telah siap, inilah hasil daripada peruntukan yang diluluskan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor sebanyak RM1.2 juta dan juga sedikit daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Trek Larian Getah Sintetik Padang Pekan Papar Dan Program Jualan Rahmah di sini hari ini.

Menurut Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN), pembekal projek tersebut adalah terdiri daripada pembekal yang banyak memasang trek-trek sintetik di komples-kompleks sukan di negeri Sabah. Ini adalah disebabkan kita mahu yang terbaik dan pelaksanaan yang cepat.

“Justeru, dengan adanya trek larian sintetik ini, ia boleh digunakan oleh masyarakat setempat khususnya anak-anak kita yang bersukan yang selama ini terpaksa untuk meminjam fasiliti padang Kompleks Sukan Beaufort dan juga Penampang.

“walaupun kita masih mengharapkan permohonan kita agar Kompleks Sukan Papar itu dapat diluluskan namun trek sintetik yang ada di Padang Pekan Papar ini boleh digunakan sebagai alternatif awal sebelum kita mendapatkan Kompleks Sukan Papar ini.

“Jadi saya berharap trek sintetik ini akan dapat dimanfaatkan dijaga oleh masyarakat Papar dengan baik,” ujarnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa satu mesyuarat jawatankuasa penggunaan tanah di Papar telah diadakan semalam.

“Semalam ada mesyuarat jawatankuasa penggunaan tanah di Papar, saya telah meminta supaya Pejabat Daerah Papar dan juga Jabatan Tanah untuk mengenal pasti tanah yang sesuai sama ada di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawang, DUN Pantai Manis atau pun di DUN Limabahau untuk kita mohon digunakan sebagai tapak Kompleks Sukan Papar,” katanya.

Mengulas mengenai aduan masyarakat Papar yang inginkan padang bola dibina di kawasan itu, beliau menjelaskan bahawa sebenarnya Padang Pekan Papar ini telah melalui proses penambahbaikan dan juga naik taraf.

“Untuk trek ini ia merupakan hanya komponen untuk naik taraf dan pemasangan trek sintetik sahaja tetapi tidak melibatkan padang bola tersebut.

“Manakala Projek Padang Bola ini diusahakan oleh pihak lain,” jelasnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau turut menggesa Jabatan Tanah Negeri Sabah untuk mengenal pasti tanah yang boleh diwartakan untuk projek perumahan rakyat.

“Begitu juga bukan sahaja di Papar tetapi saya menggesa kepada Jabatan Tanah Negeri Sabah, saya fikir perlu daripada sekarang mengenal pasti tanah-tanah yang boleh kita wartakan sebagai tapak projek perumahan rakyat.

“Kita kena fikir 10 – 20 tahun yang akan datang, keperluan perumahan ini semakin meningkat jadi adalah lebih baik kerajaan mengambil langkah proaktif untuk membuat pewartaan mengenal pasti tanah-tanah yang kemudiannya boleh digunakan sebagai tapak kepada projek-projek perumahan rakyat.

“Ini adalah untuk menampung keperluan sebab kalau kita tunggu saya khuatir nanti 10-20 tahun tanah itu akan berkurangan jadi dengan adanya perancangan awal ini, walaupun peruntukan belum ada tapi sekurang-kurangnya peruntukan diluluskan sama ada persekutuan atau negeri kelak maka tapak projek sudah tersedia dan ia akan dapat dilaksanakan untuk kadar segera,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada kompromi 40 peratus, pertahankan hak perlembagaan Negeri Sabah – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular