HomeIsu tempatanSESB terus berusaha penuhi agenda Kerajaan

SESB terus berusaha penuhi agenda Kerajaan

Read Time:1 Minute, 9 Second

Ranau : Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan terus berusaha untuk memenuhi agenda Kerajaan bagi memastikan rakyat menerima bekalan tenaga elektrik yang mencukupi, dipercayai, efisien, berpatutan dan selamat.

Pengerusi SESB Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, kesilapan lalu akan diambil iktibar agar apa pun kesilapan terdahulu tidak berulang.

“SESB akan terus berusaha sebagai pemangkin kepada penjana ekonomi Sabah, khasnya menerusi agenda Sabah Maju Jaya, seterusnya memenuhi peranan sebagai syarikat pembangun dan pembekal tenaga elektrik untuk Sabah dan juga Wilayah Persekutuan Labuan.

“Walau apa pun, bagi saya, yang berlalu tetap sudah berlalu. Namun suatu yang penting kita harus ambil iktibar agar apa pun kesilapan terdahulu tidak diulang kembali pada generasi kita pada masa ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Lingkudou di sini semalam.

Majlis perasmian disempurnakan Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

Madius berkata, pembinaan projek PPU Lingkudau telah dimulakan pada 29 Disember 2020 dengan peruntukan sebanyak kira-kira RM30 juta.

Bagaimanapun katanya, projek yang melibatkan pembinaan bangunan setinggi dua tingkat di kawasan tapak seluas 0.766 ekar ini melewati dari tarikh jangkaan siap iaitu pada 22 Jun 2022. 

“Tempoh pembinaan projek ini kemudiannya dilanjutkan selama 12 bulan. 

“Terima kasih kepada Pasukan Projek Khas Bekalan Elektrik Sabah (PPKBES) selaku penguasa projek kerana akhirnya PPU ini siap dan telah pun beroperasi pada 10 Januari 2024,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO SESB

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular