HomeLuar negaraPEMILU 2024 : 79.83 peratus warga Indonesia di Sabah keluar mengundi

PEMILU 2024 : 79.83 peratus warga Indonesia di Sabah keluar mengundi

Read Time:1 Minute, 9 Second

Kota Kinabalu : Proses pengiraan undi bagi Pemilihan Umum (PEMILU) Indonesia peringkat Konsul Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Kota Kinabalu di sini hari ini berjalan lancar dan terkawal.

Pelaksanaan pengiraan undi itu telah dijalankan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) bermula tepat jam 2.30 petang tadi.

Ketua Panitia Pemilihan Luar Negeri (PPLN) KJRI Kota Kinabalu Marwan Wardhana berkata, proses pengiraan itu turut disertai seramai lebih 2,000 petugas.

“Hari ini seramai lebih 2,000 petugas telah hadir di SICC bagi melaksanan proses pengiraan undi.

“Bagi memastikan semua proses berjalan lancar, kita telah membahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pertama sebanyak 230 kotak undi yang mana lebih kurang 1,000 orang dalam dewan ini,” katanya ketika di sini hari ini.

Marwan berkata, pihaknya mensasarkan pengundiaan undi bagi sesi pertama selesai jam 7 malam dan akan bersambung sejam kemudian selepas rehat.

“Kemudian kami akan teruskan untuk sesi kedua bagi proses pengiraan 229 kotak undi lagi,” katanya.

Sementara itu, Marwan berkata, sambutan yang diterima dari petugas pelbagai daerah bagi menjalankan tanggungjawab kepada negara dilihat cukup bersemangat.

Katanya, pihaknya turut merakamkan penghargaan kepada semua petugas yang terlibat selain ada yang telah hadir seawal jam 5 pagi.

Untuk rekod, sebanyak 79.83 peratus daripada 98, 669 warga indonesia di bawah seliaan KJRI Kota Kinabalu telah turun menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih pemimpin yang akan menerajui negara itu bagi tempoh 5 tahun akan datang. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular