HomeIsu tempatan‘Pejuang Subuh, Subuh macam sembahyang Jumaat’ akan terus dilaksanakan di masjid, surau...

‘Pejuang Subuh, Subuh macam sembahyang Jumaat’ akan terus dilaksanakan di masjid, surau terpilih

Read Time:1 Minute, 20 Second

Kuala Penyu : Pelaksanaan program ‘Pejuang Subuh, Subuh macam Sembahyang Jumaat’ akan terus dilaksanakan di beberapa buah masjid dan surau terpilih sekitar Parlimen Beaufort.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Beaufort Ak Mohd Yazri Ak Yahya berkata, ia adalah bertujuan bagi mengimarahkan lagi masjid dan surau yang ada di kawasan itu khususnya menjelang bulan Ramadan yang bakal tiba bulan depan.

“Ini merupakan satu platfrom terbaik untuk kita mengimarahkan lagi rumah ibadah khususnya di bulan Ramadan yang bakal menjelang tiba bulan depan. 

“Kita lihat menerusi program  ini ramai jemaah masjid khususnya golongan muda bersama-sama menunaikan Solat Fardhu Subuh dan ini adalah satu perkara yang kita amat galakkan.

“Justeru, diharapkan pada masa hadapan kita dapat mengadakannya selalu memandangkan ia mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan masyarakat Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyertai masyarakat setempat dalam program ‘Pejuang Subuh, Subuh macam Sembahyang Jumaat’ di masjid Nur Eshan Kampung Tempurung di sini baru baru ini.

Program itu merupakan inisiatif Jawatankuasa Masjid Nur Eshan Kampung Tempurung dengan kerjasama Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Beaufort.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi Masjid Yusuf  Hanifah dan diselitkan dengan kuliah subuh khas oleh ustaz Mohamad Tahir Manaf bertajuk ‘Ibra Kisah Perjalanan Agung Israk Mikarj’.

Ak Mohd Yazri berkata, program tersebut juga boleh dijadikan contoh bagi pihak pengurusan masjid dan surau atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menarik ramai jemaah hadir ke rumah ibadat

“Tahniah dan syabas kepada jawatankuasa masjid yang berjaya mengadakan prpgram ini dan Pergerakan Pemuda Umno akan sentiasa memberikan sokongan padu kepada program program yang memberikan kebaikan dan kesan yang positif kepada masyarakat khususnya umat Islam,” katanya. SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penyertaan julung kali bawa tuah, Velvet Aduk dinobat juara CLAS-15

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular