HomeIsu tempatanDPS pupuk, semai minat pelajar dalam bidang STEM

DPS pupuk, semai minat pelajar dalam bidang STEM

Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Marudu : Seramai 120 pelajar sekolah menengah tingkatan tiga dan empat dari beberapa buah sekolah sekitar daerah ini menyertai program Memperkasakan Ilmu: Discover PETRONAS @ Schools (DPS).

Program sehari anjuran Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) itu telah berlangsung di Dewan Komuniti Kota Marudu di sini baru-baru ini.

Antara sekolah yang terlibat adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Marudu 1, SMK Kota Marudu 2, SMK Bandau, SMK Bekongan, SMK Langkon, SMK Tandek, dan SMK Tandek 2.

PETRONAS dalam satu kenyataan berkata, program itu adalah bagi memupuk dan menyemai minat pelajar dalan bidang sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) selain mendedahkan para pelajar dengan peluang kerjaya dalam sektor minyak dan gas.

Program itu turut menampilkan bakat muda PETRONAS dari Sabah yang menyampaikan perkongsian mengenai subjek STEM dan kursus Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi membantu pelajar untuk lebih memahami peluang kerjaya dalam bidang berkenaan.

Bagi pelajar dari SMK Bandau, Yong Siew Fook berkata, program tersebut telah membuka matanya tentang peluang penajaan dan kerjaya di PETRONAS.

“Program ini telah memberi inspirasi dan motivasi kepada saya untuk suatu hari menjadi sebahagian daripada PETRONAS. Saya juga telah berpeluang untuk mengenali kepelbagaian bidang di PETRONAS,” katanya.

Sementara itu, bagi pelajar SMK Kota Marudu, Ally Marrycilla Jules, 16, mengakui program tersebut telah memperluaskan pengetahuan merentasi skop kurikulum di sekolah.

“Melalui DPS, saya telah mempelajari banyak perkara. Pendekatan praktikal menjadikan pengalaman pembelajaran lebih menarik.

Ini merupakan program DPS pertama di Sabah bagi tahun 2024, yang merupakan kesinambungan program yang diadakan di Pitas pada bulan Disember yang lalu.

Setakat ini, DPS telah berjaya memberi impak kepada 26,000 pelajar dan guru di seluruh negara, sekaligus menegaskan komitmen PETRONAS dalam menyemai bakat masa depan dalam sektor tenaga. – SABAH MEDIA / FOTO PETRONAS

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

96 kakitangan KYS sertai ceramah keselamatan jalan raya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular