HomeUtamaDua maut, satu parah melibatkan tiga motosikal terbabas

Dua maut, satu parah melibatkan tiga motosikal terbabas

Read Time:1 Minute, 38 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

SOOK: Seorang penunggang motosikal maut manakala seorang parah dalam kejadian kemalangan jalan raya melibatkan dua buah motosikal terbabas di Kilometer 5, Jalan Sook – Tulid pada Ahad (25 Feb).

Dalam kejadian kira-kira jam 2.00 pagi itu, seorang mangsa lelaki (K1) Juanis Uvil, 30, maut ditempat kejadian manakala seorang lagi mangsa lelaki (K2) berumur 23 tahun mengalami cedera parah.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai berkata, aduan diterima dari orang awam kira-kira jam 2.15 pagi pada Ahad dan siasatan di lokasi kejadian mendapati kemalangan melibatkan dua buah motosikal.

“Semasa kejadian, penunggang (K2) dari arah Sook menuju ke Tulid manakala (K1) dari arah yang sama di belakang motosikal (K2) sampai di tempat kejadian (K1) dan (K2) dipercayai telah gagal mengawal motosikal yang ditunggang selepas melalui selekoh dan lalu kedua-dua motosikal terbabas.

“Akibat dari kejadian tersebut penunggang (K1) mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia ditempat kejadian.

“Manakala Penunggang (K2) mengalami kecederaan di bahagian muka dan badan telah di bawa ke Hospital Keningau untuk pemeriksaan dan rawatan,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Sementara itu dalam kejadian berasingan pada hari sama, seorang mangsa Rain Dahap, 30, maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas sendiri di Kilometer 3, Jalan Sook – Tulid.

Yampil berkata, dalam kejadian kira-kira 12.15 tengah malam Ahad itu siasatan di lokasi kejadian mendapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal.

“Semasa kejadian, mangsa seorang lelaki dari arah Sook menuju ke Tulid sampai di tempat kejadian mangsa dipercayai telah gagal mengawal motosikal yang ditunggang dan terbabas ke sebelah kanan bahu jalan.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia ditempat kejadian, seterusnya mayat mangsa telah di bawa ke Hospital Keningau untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Menurut Yampil, siasatan awal mendapati kemalangan disebabkan oleh kecuaian ketiga-tiga penunggang motosikal itu sendiri yang gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan.

“Siasatan diteruskan ke atas ketiga-tiga kes dan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987 atas arahan KBSPTD,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular