HomeUtamaKerajaan Sabah Yakin Mampu Capai 60 Peratus Rakyatnya Terima Vaksinasi, Beralih Fasa...

Kerajaan Sabah Yakin Mampu Capai 60 Peratus Rakyatnya Terima Vaksinasi, Beralih Fasa 3 PPN

Read Time:1 Minute, 4 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah yakin mampu mencapai sasaran 60 peratus rakyatnya menerima vaksinasi pada atau sebelum 15 September bagi membolehkan negeri itu beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia berikutan perkembangan harian vaksinasi akan mencapai 40 peratus nilai ambang selain kira-kira 1.4 juta rakyat Sabah telah menerima suntikan dos pertama menerusi Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Amat menggembirakan apabila beberapa hari lalu juga, kita telah mencapai angka tertinggi vaksinasi harian melebihi 60,000 dos,” katanya dalam satu sidang media selepas mengadakan lawatan ke pusat pemberian vaksin (PPV) di Dewan Sri Sulaman di sini, hari ini.

Katanya, jika keadaan seperti ini berterusan, kita boleh mencapai imuniti kelompok sekurang-kurangnya pada bulan Oktober atau November.

“Jika dilihat kepada pengurusan vaksinasi yang teratur ini,saya yakin Sabah akan mencapai sasaran 60 peratus lebih awal,” katanya.

Sebelum ini kerajaan negeri menyasarkan 60 peratus penduduk negeri ini mendapat vaksin menjelang bulan Oktober.

Setakat ini, jumlah keseluruhan penerima dos pertama adalah seramai 1,428,122.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan negeri akan menerima sebanyak 560,720 dos vaksin termasuk CanSino selain Pfizer dan Sinovac, pada minggu depan.

“Ini akan merancakkan lagi momentum Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) terutama di kawasan pedalaman,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat Penasihat Komuniti Puisi Esei Asean Denny JA

1 COMMENT

  1. Sasaran yang baik, semoga usaha tersebut dapat ditingkatkan dan diperbaiki dari masa ke semasa. Lagi 1 harap diasingkan vaksinasi antara warga asing dan warga tempatan. Sebagai warga negara pasti ramai yang rasa tidak selesa beratur panjang dengan warga asing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya