HomeIsu tempatanPenampang bakal jadi pusat agroindustri, pelancongan baru

Penampang bakal jadi pusat agroindustri, pelancongan baru

Read Time:1 Minute, 59 Second

Penampang: Penampang akan menjadi pusat agroindustri dan pelancongan yang baru apabila inisiatif Taman Agroindustri dan Pelancongan Moyog atau MANTAP di laksanakan.

Pengerusi Kumpulan Pelaksana MANTAP Datuk Stephen Sampil berkata, ia sekaligus akan menarik lebih ramai pelancong dan pelawat melawat Penampang terutama kawasan Moyog, Timpangoh, Terian dan Buayan.

“Sudah tiba masanya untuk Penampang terutama kawasan Penampang Atas untuk mengambil peluang kedatangan jutaan pelancong ke Sabah. Ini juga secara tidak langsung akan meningkatkan taraf hidup penduduk kampung.

“Pada masa ini walaupun Penampang atas amat dekat dengan Bandaraya Kota Kinabalu, dengan pemandangan yang cantik menghala ke Kota Kinabalu dan Pantai Barat, udara yang segar dan keindahan alam semulajadi namun
hanya segelintir pelancong melawat ke kawasan ini disebabkan ketiadaan kemudahan penginapan dan fasiliti yang berkaitan.

“Sehubungan ini MANTAP bertujuan untuk menangani isu penginapan dan kemudahan ini supaya potensi kawasan ini dapat di menfaatkan untuk semua stakholders yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Penubuhan MANTAP, di sini, kelmarin.

Stephen yang juga Timbalan Presiden Momogun National Congress (MNC) dan Naib Presiden Dewan Perniagaan
Kadazandusun (KCCI) berkata, penubuhan MANTAP adalah selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Penampang yang diilhamkan oleh Datuk Ewon Benedick, Ahli Parlimen Penampang pada masa kini.

Beliau berkata, komponen utama MANTAP adalah untuk mengwujudkan sebanyak 750 bilik penginapan termasuk kemudahan berkaitan atau sebanyak 20 bilik penginapan untuk setiap kampung.

“Tempoh pelaksanaan selama 5
hingga 10 tahun (2025 – 2035). Dengan adanya kemudahan penginapan akan dapat menarik pelancong dan pelawat ke kawasan Penampang terutama kawasan atas Penampang,” katanya.

Beliau berkata, untuk menggembleng ekosistem MANTAP komponen-komponen sokongan yang lain akan diteliti dan dibangunkan supaya dapat menyokong dengan efektif komponen penginapan dan kemudahan berkaitan.

Dalam hal ini beliau berkata jawatankuasa pelaksana telah melantik ketua Kumpulan untuk menyediakan pelan terperinci dan roadmap untuk komponen lain yang telah di kenalpasti iaitu dasar dan bantuan Kerajaan, aktiviti sokongan, produk hiliran, keluaran pertanian, perikanan dan perhutanan, infrastruktur, komuniti tagal, makanan dan minuman, sukan dan rekreasi, perhubungan internet, pemasaran dan promosi dan pusat maklumat dan konsultasi.

Beliau seterusnya menyatakan apabila dilaksanakan sepenuhnya, MANTAP mampu menjana potensi pendapatan (revenue) sebanyak RM100 juta dan seramai 2,000 pekerjaan serta 500 usahawan baru untuk ekonomi setempat Penampang.

“Sudah tentu ini akan menjadi satu game changer untuk pembangunan kawasan Penampang seterusnya membantu Kerajaan Negeri mencapai hasrat dan ojektif untuk meningkatkan Pembangunan ekonomi setempat, memperkasakan kommuniti usahawan, menyediakan pekerjaan kepada penduduk setempat dan seterusnya meningkatkan taraf hidup penduduk kampung,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular