HomeUtamaSemua kawasan di Sabah perlu diberi perhatian hadapi fenomena El-Nino

Semua kawasan di Sabah perlu diberi perhatian hadapi fenomena El-Nino

Read Time:1 Minute, 30 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan perlu memberi perhatian sewajarnya kepada semua kawasan di negeri ini khususnya dalam menghadapi fenomena El Nino atau cuaca panas yang melanda negara pada ketika ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata, ini kerana terdapat kawasan yang menghadapi masalah kebakaran terbuka selain sumber air yang terhad.

“Kita kena pastikan bahawa semua lokasi yang menghadapi fenomena El Nino atau kemarau ini diberi perhatian seperti Papar.  Sama ada ia diwarta sebagai bencana, itu adalah bidang kuasa jabatan berkaitan.

“Bagi kita di Parlimen Sepanggar, kita tiada kuasa untuk berbuat demikian, cuma kita mahu tekankan bahawa, Sepanggar, Kota Belud dan lain-lain terutama Pantai Barat telah mengalami kebakaran dan sumber air terhad, jadi ini juga perlu diberi perhatian seperti Papar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas serta anak-anak yatim Rumah Amal Kasih di sini semalam.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, masyarakat juga perlu mempunyai kesedaran yang tinggi dalam menghadapi fenomena El Nino pada ketika ini.

“Saya harap kesedaran juga perlu ada dalam kalangan masyarakat di negeri ini terutama dalam menghadapi El Nino dengan lebih terancang sebab fenomena ini akan berulang setiap tahun dan kami di Sepanggar juga hadapi pelbagai masalah.

“Pertamanya kebakaran dan keduanya adalah isu air semakin kritikal.  Sebelum ini masalah air kita hanya berlaku dikawasan bawah tapi sekarang berjangkit ke kawasan bukit dimana sumber air graviti semakin kurang.

“Jadi saya fikir perlu ada satu kaedah ataupun bagaimana kita fikirkan agar kita dapat hadapi masalah ini dengan lebih baik.  Maknanya sumber air kita pun kena fikirkan supaya musim-musim kritikal ini kita kena pastikan stok air kita mencukupi dan boleh diagihkan ke kawasan-kawasan bukit ini,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO FB Mustapha Sakmud

RELATED ARTICLES
Utama

Hentikan fitnah, Musa Aman pilihan tepat sebagai TYT Sabah – Yahya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular