HomeIsu tempatanESSCOM rampas rokok dan tembakau bernilai lebih RM4.1 juta

ESSCOM rampas rokok dan tembakau bernilai lebih RM4.1 juta

Read Time:1 Minute, 27 Second

Lahad Datu : Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) berjaya merampas rokok putih, kretek dan tembakau membabitkan nilai berjumlah lebih RM4.1 juta dalam satu serbuan di sebuah bangunan dua tingkat tidak bernombor di Jalan Tamoi Baru, di sini.

Komander ESSCOM Datuk Victor Sanjos berkata, serbuan yang dijalankan pasukan khas ESSCOM itu adalah hasil maklumat awam membabitkan membabitkan penyeludupan rokok.

Katanya, serbuan itu juga mencerminkan komitmen dan jaminan ESSCOM dalam mengurangkan jenayah rentas sempadan (JRS).

“Rampasan itu adalah membabitkan sebanyak 3,178,120 batang pelbagai jenis rokok putih dan kretek, serta 400 bungkusan kecil tembakau membabitkan nilai anggaran selepas  cukai sebanyak RM4,137,474.

“Antara jenama rokok yang dirampas seperti Astro Merah, Astro Hijau, Samson Mild, Samson Menthol, Era Premium, Era Black dan Tembakau Salak yang disembunyikan sama ada di dalam kotak atau plastik,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Victor berkata, pihaknya turut menekankan bahawa ESSCOM sentiasa memantau dan akan terus memperhebat operasi-operasi khas khususnya dalam menjejak anasir asing.

Katanya, ia adalah bagi mengekang sebarang elemen yang boleh mengganggu-gugat keselamatan, ketenteraman dan kesejahteraan awam khususnya di pantai Timur Sabah.

“Justeru, saya amat mengalu-alukan kerjasama orang awam untuk melaporkan terus sebarang maklumat mencurigakan ke Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863181 atau melalui aplikasi WhatsApp di talian 011-63311072 agar kesejahteraan di ESS Zone dapat terus diperkasa.

“ESSCOM juga akan terus memperhebat koordinasi operasi bersama-sama pasukan keselamatan yang lain bagi mengekang dan menangkap individu yang berniat jahat untuk mengganggu-gugat keamanan serta keselamatan negara,” katanya.

Selain itu katanya, ESSCOM turut komited membantu pelbagai agensi penguatkuasaan Persekutuan dan Negeri dalam membanteras elemen JRS seperti aktiviti rompakan laut dan penyeludupan kontraban dengan mempergiat operasi secara bersepadu di kawasan daratan serta perairan ESS Zone. – SABAH MEDIA / FOTO ESSCOM

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penduduk kampung bakal nikmati jalan raya lebih selesa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular