HomeIsu tempatanPenjanaan ekonomi Masjid Bandaraya wajar dijadikan contoh dalam membantu golongan asnaf

Penjanaan ekonomi Masjid Bandaraya wajar dijadikan contoh dalam membantu golongan asnaf

Read Time:1 Minute, 9 Second

Kota Kinabalu : Kejayaan pengurusan Masjid Bandaraya mempelbagaikan aktiviti untuk masyarakat Islam termasuk menjana ekonomi boleh dijadikan contoh oleh masjid lain di negeri ini.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, ia termasuklah menjadi tarikan kepada pelancong  dan pelawat untuk melihat keindahan serta keunikan masjid berkenaan.

Katanya, kunjungan pelawat ke masjid itu juga telah memberi satu limpahan ekonomi kepada masjid Bandaraya.

“Boleh katakan dengan pengurusan yang begitu cemerlang dan kerjasama berpasukan serta mereka yang berkemahiran, sudah tentu ini akan menjadi satu kekuatan pimpinan masjid Bandaraya.

“Begitu juga kita melihat para asnaf diberi peluang untuk berniaga diluar sana dan saya difahamkan ada 40 gerai disediakan oleh jawatankusa masjid ini dan sudah pastinya ini memberi ruang kepada asnaf untuk bedikari mendapatkan rezeki masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Iftar Perdana Bersama Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Asnaf kali kelapan di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di sini semalam.

Ruslan hadir bagi mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Pada majlis itu, sebanyak RM80,000 disumbangkan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) kepada Masjid Bandaraya Kota Kinabalu bagi melaksanakan pelbagai aktiviti dan kemudahan berkaitan kepada jemaah.

“Pada tahun lalu, kita telah menyalurkan bantuan sumbangan sebanyak RM60,000 dan tahun ini kita salurkan sebanyak RM80,000.  Ini adalah sumbangan atau duit daripada zakat orang ramai pada setiap tahun yang kita kutip dan agih kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular