HomeSukanParalimpik - Plaster Tutup Bisul Menjadi Punca Penyertaan Syaiful Dibatalkan

Paralimpik – Plaster Tutup Bisul Menjadi Punca Penyertaan Syaiful Dibatalkan

Read Time:1 Minute, 27 Second

Cyberjaya — Hasrat wakil negara dalam acara renang S5 gaya bebas 200 meter (m) lelaki di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Muhammad Nur Syaiful Zulkafli untuk mara ke pusingan akhir acara itu tidak kesampaian apabila penyertaannya dibatalkan.

Turun dalam saringan satu, penyertaan atlet negara itu dibatalkan apabila melakukan kesilapan teknikal kerana meletakkan pita pelekat di bahagian bahunya yang terdapat bisul.

Memetik laporan Metro Online yang menghubungi atlet negara itu memaklumkan bahawa dia kecewa selepas mengetahui perkara itu kerana ia bukanlah kesalahan daripada pihaknya.

“Sebelum pertandingan saya sudah berjumpa dengan pegawai bertugas mengenai masalah saya. Mereka tidak beri jawapan yang pasti. Mereka berkata saya boleh menampal tape (pelekat) ataupun tanggalkannya.

“Sehari sebelum pertandingan juga saya sudah berjumpa dengan pegawai yang bertugas, jawapannya tetap sama. Mereka juga beri jawapan 50-50, boleh letak atau tanggalkan. Jadi bila tiada jawapan yang pasti, saya pilih untuk tampal pelekat berkenaan bagi mengurangkan rasa sakit di bisul berkenaan yang sudahpun bernanah,” katanya yang akan turun beraksi dalam acara 100m esok.

Bagaimanapun, Syaiful masih berpeluang menebus kehampaan hari ini kerana masih mempunyai tiga lagi acara itu 50m, 100m (gaya bebas) dan 100m kuak dada.

Nur Syaiful mengesahkan tempat ke Paralimpik Tokyo 2020 selepas meraih pingat gangsa 50m gaya bebas (S5) pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di London.

Saringan itu dikuasai Antoni Ponce Bertran dari Sepanyol, Daneil de Faria Dias (Brazil), Dmitrii Cherniaev (Russia) dan Sebastian Rodriguez (Sepanyol) yang akan mara ke pusingan seterusnya.

Bertran mencatat masa 2 minit 33.73 saat, 11.43s di depan Faria Dias manakala Cherniaev berada di tempat ketiga dengan catatan 2:48.18s.

Sementara itu Chef de Mission Paralimpik Tokyo, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, beliau yakin Syaiful akan bangkit selepas ini kerana masih mempunyai baki acara yang belum selesai.

RELATED ARTICLES
Sukan

Perkasa Padu juara Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular