HomeUtamaSESB: Tiada Bacaan Meter Di Kawasan PKPD

SESB: Tiada Bacaan Meter Di Kawasan PKPD

Read Time:1 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) tidak akan melaksanakan kerja-kerja membaca meter pengguna di kawasan yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Ir. Idris Mohd Noor berkata, tindakan tersebut diambil bagi memastikan penularan wabak Covid-19 dapat dibendung melalui kontek dengan pelanggan.

“Keputusan ini dibuat bukan sahaja untuk keselamatan warga kerja SESB tetapi juga orang awam,” katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.

Operasi bacaan meter dan penyerahan bil fizikal kepada pengguna akan disambung semula apabila keadaan pandemik pulih di kawasan-kawasan tersebut.

Justeru itu, beliau berkata akaun pengguna masih dibilkan secara anggaran di dalam sistem berdasarkan kepada amaun bil pada bulan sebelumnya.

“Bil anggaran ini akan diselaraskan apabila bacaan sebenar di tapak dan penyerahan bil secara fizikal disambung semula kelak,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ir. Idris menasihati pengguna untuk mendaftar Online Customer Service (OCS) SESB di https://ocs.sesb.com untuk menyemak bil terkini.

Beliau juga menyarankan pengguna untuk mengemaskini maklumat data pengguna bagi memudahkan informasi terkini mengenai perkhidmatan SESB disalurkan kepada pengguna termasuk perkhidmatan menerima pesanan ringkas (SMS).

Selain itu, pengguna juga boleh membuat semakan sendiri ke atas bil elektrik mereka denganmembuat bacaan sendiri iaitu dengan mengambil bacaan terkini di meter elektrik premis rumah.

Catatkan bacaan terkini pada meter elektrik dan semak perbandingan melalui bil elektrik terakhir yang diterima. Contohnya bacaan terkini pada meter adalah 61701 kWh dan ‘bacaan semasa’ pada bil terakhir adalah 61069 kWh iaitu perbezaan sebanyak 632 kWh.

Seterusnya pengguna boleh melayari Kalkulator Tarif Negeri Sabah & Wilayah PersekutuanLabuan melalui pautan https://www.sesb.com.my/content/tariff calculator-st denganmemasukkan nilai perbezaan tersebut untuk mendapatkan jumlah bil sebenar.

Pengguna juga boleh majukan maklumat bacaan tersebut ke nombor whatsapp rasmi SESB ditalian 019- 852 5427 atau emel ke [email protected].

Sementara itu, pengguna yang berada di kawasan PKPD boleh membuat pembayaran bilelektrik melalui perbankan atas talian atau melalui ejen-ejen kutipan seperti Shoppee, Lazadae-Wallet, My Boost e-Wallet, Paynow e-Wallet.

SESB juga bersedia untuk memudahkan sebarang pertanyaan dan urusan anda melalui saluran SESB Careline 15454, 088- 515000 atau melalui Whatsapp 019- 852 5427.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya