HomeUtamaSESB jangka tiada catuan bekalan sepanjang Aidilfitri

SESB jangka tiada catuan bekalan sepanjang Aidilfitri

Read Time:1 Minute, 23 Second

Tamparuli: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menjangka tiada sebarang catuan bekalan elektrik di negeri sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan bermula minggu depan.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB Ir Ts Mohd Yaakob Jaafar berkata, pihaknya kini dalam usaha meningkatkan kapasiti bekalan tenaga di Sabah dan Labuan melalui enam generator sewaan di Sandakan, Labuan, Lahad Datu dan Tawau.

Katanya, catuan elektrik yang terpaksa dilakukan sebelum ini tidak lagi akan berlaku setelah kesemua set generator beroperasi sepenuhnya mulai bulan Mei depan.

“SESB menjangka sepanjang musim perayaan kali ini khususnya Aidilfitri tidak akan ada catuan bekalan kerana kita telah pun menambah kapasiti daripada genset yang kita pasang di Pantai Timur di Sandakan dan juga Labuan.

“Jadi penambahan itu adalah sebanyak lebih daripada 50 megawatt (MW) sekarang dan dalam tempoh dua minggu ini, kita akan lengkapkan sehingga 75MW.  Pada hujung Mei pula kita akan lengkap menambah 100MW kapasiti tambahan, InsyaAllah lepas itu kita akan elak catuan bekalan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Seikhlas Budi Sesuci Ramadan SESB di Masjid Ubudiyyah Pekan Tamparuli di sini semalam.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim dan Pengerusi SESB Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Yaakob berkata, enam generator itu akan disewa selama enam bulan namun ianya tertakluk kepada keadaan grid di Sabah.

“Semalam kita telah merekodkan beban puncak yang terbaharu iaitu sebanyak 1,149MW.  Jadi sekirannya cuaca panas berterusan dan beban puncak meningkat lagi, mungkin kita akan terpaksa memanjangkan lagi sewaan set generator berkenaan,” katanya.

Terdahulu pada majlis itu, Yaakob berkata, SESB telah menyampaikan bantuan wakalah zakat kepada beberapa masjid, surau dan juga pusat tahfiz termasuk pusat saudara baru di daerah berkenaan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular