HomePolitikTunjuk rekod prestasi sebelum tuding jari kata Armizan kepada Bung

Tunjuk rekod prestasi sebelum tuding jari kata Armizan kepada Bung

Read Time:1 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu : Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Mokhtar Radin diminta untuk menunjukkan rekod prestasinya ketika berada dalam Kabinet Sabah selama dua tahun sebelum menuding jari kepada orang lain.

Timbalan Setiausaha Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Armizan Mohd Ali berkata, beliau turut mempersoalkan sepanjang Ahli Parlimen Kinabatangan memegang jawatan sebagai Menteri Kerja Raya apa yang dilakukannya.

Katanya, sikap menuding jari tidak akan menyelesaikan masalah di Sabah termasuk isu air, jalan raya dan bekalan elektrik.

“Dalam kita bercakap menuding jari kepada orang lain, jangan lupa empat jari akan melihat dan menilai pada diri kita sendiri.

“Saya fikir rakyat kita termasuk orang (di) Sabah semua cukup bijak bukan hanya menilai berdasarkan kata-kata, tetapi mereka menilai kepada prestasi (pemimpin) itu juga,” katanya memetik laporan FMT di sini.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag itu berkata, pemimpin GRS ‘hanya pandai cakap, tiada tindakan’ dan mendakwa mereka berulang kali membuat pengumuman tanpa tindakan efektif menyelesaikan masalah di negeri itu.

Justeru Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar meminta bekas Timbalan Ketua Menteri itu menunjukkan prestasi kerjanya sepanjang dua tahun berada dalam Kabinet Sabah.

“Apa dia (Bung) buat. (Di) Kawasan saya projek air yang sudah masuk dalam perancangan sejak 2019 pun tidak jalan, dan hanya Ogos 2023 projek itu berjalan sebaik saya jadi Ahli Parlimen Papar,” katanya.

Dalam pada itu, Armizan berkata Bung bebas mengeluarkan kenyataan tetapi apa yang penting GRS mempunyai perancangan dan usaha menambah baik negeri.

“Bagi saya rata-rata pemimpin di Sabah adalah orang lama dalam politik.

“Setiap pemimpin akan dinilai berdasarkan ‘track rekod’ masing-masing kerana pernah jadi menteri, timbalan menteri, ketua menteri dan berpuluh tahun jadi Ahli Parlimen,” katanya.

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Tuduhan berat pertikai pelantikan Musa sebagai TYT kerana rasuah – Rahman...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular