HomeIsu tempatanSedar Akan Kepentingan Vaksin, Jumlah Kehadiran Meningkat Terima Vaksin Di PPV Ranau

Sedar Akan Kepentingan Vaksin, Jumlah Kehadiran Meningkat Terima Vaksin Di PPV Ranau

Read Time:1 Minute, 8 Second

RANAU:  Sebanyak 63.52 peratus penduduk daerah Ranau telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 setakat 24 Ogos 2021, manakala 39.86 peratus telah lengkap dos kedua daripada 78,200 penduduknya yang layak menerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Masyarakat Ranau di sini.

Pegawai Perubatan Jabatan Kesihatan Daerah Ranau selaku Ketua Pegawai Penyelaras PPV Ranau, Dr Edwaider Koimon berkata, peningkatan jumlah individu yang layak menerima vaksin hadir ke PPV Ranau adalah didorong dengan kesedaran terhadap pentingnya menerima vaksin dan memahami  kepentingan mendapatkan dos vaksin lengkap untuk melindungi diri, keluarga dan komuniti sekeliling.

“Kita masih mengalu-alukan dan mengharapkan lebih ramai lagi yang tampil menerima suntikan vaksin demi kebaikan semua pihak”, jelas Dr.Edwaider.

Dalam pada itu, semasa tinjauan ke PPV Dewan Masyarakat Ranau pada Selasa (24 Ogos), seramai 1,084 individu hadir di pusat vaksinasi itu iaitu dari jumlah tersebut 400 penerima vaksin dos pertama dan 684 dos kedua, ini termasuk warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Pada masa yang sama, ramai yang ditemui berasa lega kerana sudah menunaikan tanggungjawab mereka menerima suntikan  bagi mengekang jangkitan COVID-19 yang kini masih aktif dikalangan masyarakat.

“Kita harus akur dengan arahan kerajaan dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di mana saja kita berada untuk sama-sama memutuskan rantaian  COVID-19, ‘”kata seorang penerima vaksin Hakim Bin Lahat, 67, dari Kg Paka.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dijemput hadir ke pameran khas karya seni Tuan Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular