HomeUtamaDBKK serius ambil tindakan ke atas "Kutu Sampah” Kota Kinabalu

DBKK serius ambil tindakan ke atas “Kutu Sampah” Kota Kinabalu

Read Time:2 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memandang serius dan akan mengambil tindakan tegas ke atas “Kutu Sampah” iaitu individu yang tidak bertanggungjawab membuang sampah merata-rata tempat di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.

Ini berikutan, musim cuti perayaan telah menyaksikan jumlah pengunjung yang meningkat di taman-taman awam seperti Segama Waterfront dan Taman Awam Teluk Likas.

Namun tindakan segelintir masyarakat awam yang membuang dan meninggalkan sisa sampah mereka secara tidak bertanggungjawab adalah amat mengecewakan dan memburukkan imej Bandaraya Kota Kinabalu.

Menerusi kenyataan Media yang dikeluarkan DBKK hari ini mengenai hasil tinjauan dan perkongsian orang awam melalui gambar dan video sampah sarap yang bertaburan di Segama Waterfront dan Taman Awam Teluk Likas jelas menunjukkan mentaliti segelintir masyarakat awam yang masih menganggap tugas menjaga kebersihan adalah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan atau pihak berwajib semata-mata.

Sampah sarap yang bersepah di kedua-dua tempat tumpuan pelancong itu telah mengotori persekitaran dan menimbulkan ketidakselesaan kepada para pengunjung.

Bertindak ke atas perkara ini, DBKK melalui Unit Pengutipan dan Unit Penyapuan, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal (JPSP) telah segera mengambil tindakan pengutipan dan penyapuan di sekitar Segama Waterfront.

Jumlah kutipan sisa sampah yang direkodkan adalah seberat 200 kilogram.

Tambahan bilangan unit tong-tong sampah dengan saiz 120 liter hingga 240 liter juga telah dilaksanakan di Segama Waterfront.

Sementara itu, DBKK melalui Jabatan Penguatkuasaan akan mengaktifkan dua
Ops Payung di Segama Waterfront dan Taman Awam Teluk Likas bagi menguatkuasakan sepenuhnya Undang-undang Kecil (Anti Sampah Sarap) 1984 Pindaan 2005, terutama sekali ke atas masyarakat awam yang meninggalkan sisa
sampah dengan tidak bertanggungjawab serta membuang sampah di merata- rata tempat.

Selain tindakan kompaun, DBKK juga akan mengambil tindakan mahkamah ke atas kutu sampah.

Ops Payung adalah operasi di bawah Jabatan Penguatkuasaan DBKK yang juga ditugaskan dalam kawalan ke atas peminta sedekah, kawalan penjaja haram serta satu usaha bersepadu bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam kawalan ketenteraman awam serta kawalan lalu lintas.

Menurut kenyataan itu, setakat Januari hingga April 2024, sejumlah 64 keping kompaun di bawah kesalahan Undang-undang Kecil (Anti Sampah Sarap) 1984 Pindaan 2005 telah dikenakan ke atas orang awam yang membuang sampah merata-rata di Taman Awam Teluk Likas, serta 214 keping kompaun dikeluarkan dalam pusat bandar.

“Dalam minggu ini juga, direkodkan sebanyak lima kompaun di bawah Undang-undang
Kecil (Penjaja) 1966 telah dikeluarkan ke atas penjaja haram di Taman Awam Teluk Likas sementara satu rampasan barangan penjaja haram yang enggan mengikut arahan telah dibuat di Segama Waterfront.

“Kesedaran dalam menjaga kebersihan adalah satu cabaran yang perlu didepani dan satu tanggungjawab yang wajar dipikul bersama.

“Warga bandar raya Kota Kinabalu wajar memberikan contoh teladan yang terbaik dan menjadi masyarakat yang utamakan kualiti kebersihan persekitaran. Jangan jadi “Kutu Sampah”,” tegas kenyataan itu.

RELATED ARTICLES
Utama

Tun Musa berjaya bangunkan ekonomi Sabah – Arif Sakaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular