HomeUtamaRM15 juta tingkat kadar sara diri daging lembu di Sabah

RM15 juta tingkat kadar sara diri daging lembu di Sabah

Read Time:1 Minute, 17 Second

Tawau : Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) terus merancang dan melaksanakan pelbagai program serta pendekatan bagi memastikan bidang pertanian dan industri makanan asas tani negara dapat diperkasa bagi kesejahteraan rakyat.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, ia termasuklah melaksanakan program melalui Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan Tahun 2024.

Katanya, program itu akan mengoptimumkan penggunaan tanah dengan kerjasama Kerajaan Negeri di bawah KPKM dengan nilai peruntukan sebanyak RM150 juta.

“Bagi wilayah Sabah, KPKM telah meluluskan peruntukan sejumlah RM19.3 juta bagi membiayai pelaksanaan empat buah projek termasuk RM15 juta yang disalurkan kepada projek ternakan lembu oleh Sawit Kinabalu dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah.

“Peruntukan itu secara tidak langsung mencerminkan tindakan proaktif Kerajaan Persekutuan melalui KPKM untuk menyokong usaha Kerajaan Sabah dalam meningkatkan komoditi daging lembu di wilayah ini daripada 7.57 peratus pada tahun lalu kepada 25 peratus menjelang tahun 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian cek cura kepada Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Leonard Stephen Poyong bertempat di Sawit Kinabalu Livestock Integrated Center (SKLIC) Balung di sini.

Arthur berkata, pihaknya yakin fasiliti dan infrastruktur yang terdapat di Sawit Kinabalu dapat meningkatkan sumbangan pengeluaran daging tahunan kepada 1,268 tan metrik/setahun aray 5,513 ekor akan dapat dicapai.

Dalam pada itu, Arthur turut berharap agar projek ini akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak-anak muda di Sabah khususnya bagi mereka yang mengikuti bidang TVET pertanian di samping menjadi agen perubahan untuk menarik minat para belia untuk turut serta menceburi bidang ternakan. – SABAH MEDIA / FOTO KPKM

RELATED ARTICLES
Utama

11 rumah musnah di Membakut dibina semula dibawah inisiatif RIM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular