HomeIsu tempatanBakal jemaah haji diingatkan jaga kesihatan ketika di Mekah

Bakal jemaah haji diingatkan jaga kesihatan ketika di Mekah

Read Time:1 Minute, 4 Second

Sepanggar : Bakal jemaah haji di negeri ini khususnya dari kawasan Parlimen Sepanggar yang akan mengerjakan ibadah haji diingatkan untuk terus menjaga kesihatan diri semasa menunaikan Rukun Islam kelima di Tanah Suci Mekah.

Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Mustapha Sakmud berkata, bakal haji perlu saling bekerjasama, memberi motivasi dan sokongan, saling membantu dan sebagainya.

“Hari ini kita telah mengadakan satu program khusus kepada bakal jemaah haji dari Parlimen Sepanggar seramai 25 orang dan kita dimaklumkan penerbangan pertama adalah pada 31 Mei ini.

“Saya berharap agar para jemaah haji untuk sentiasa menjaga kesihatan semasa berada di tanah suci dan mengambil peluang utnuk melipat gandakan ibadah kerana bukan mudah untuk kita berada di tanah suci ini dan kemungkinan hanya sekali seumur hidup,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan jemaah haji Parlimen Sepanggar 2024 di Surau Al-Ikhwan Taman Kuala Manggatal di sini hari ini.

Pada majlis itu, Mustapha yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi menyerahkan sumbangan kepada 25 bakal jemaah haji dari kawasan Parlimen Sepanggar.

Beliau turut mendoakan agar bakal jemaah haji pada tahun ini selamat pergi dan kembali ke tanah air.

“Bila berada di tanah suci, banyak pengalaman yang akan kita perolehi dan hikmah.  Justeru sepanjang berada disana, gunakan sepenuhnya peluang ini untuk menunaikan ibadah-ibadah yang perlu,” katanya.- SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular