HomeIsu tempatanUMS, CF Learning tawar kursus jangka pendek

UMS, CF Learning tawar kursus jangka pendek

Read Time:1 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Pusat Pendidikan Fleksibel Universiti Malaysia Sabah (UMSFLEC) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama CF Learning Services Sdn Bhd (CF Learning), baru-baru ini.

Melalui MoU tersebut, UMS bakal meluaskan kerjasama dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti dan program-program berteraskan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor berkata kolaborasi tersebut mendorong matlamat bagi membuka peluang kerjasama untuk menawarkan program PSH seperti Kursus Jangka Pendek dan Micro-credentials yang mampu menjana masyarakat berilmu.

“Peluang PSH ini terbuka luas untuk setiap masyarakat dalam menambah ilmu. Terdapat pelbagai bidang pengajian yang boleh dipelajari selain kemahiran baharu.

“Permintaan global terhadap kursus jangka pendek sememangnya tinggi malah universiti terkemuka seperti Harvard University juga aktif menawarkannya.

“Justeru, penawaran kursus jangka pendek ini boleh dijalankan bersama antara Universiti Awam dengan Kementerian dan pemain industri lain mengikut bidang nic masing-masing,” ujarnya.

Tambah beliau, kerjasama silang bidang dan silang kepakaran perlu dilakukan agar mampu menghasilkan kerjasama yang sempurna.

“Saya yakin melalui MoU ini, UMS mampu menyediakan pelbagai program kursus jangka pendek yang memenuhi pasaran kerja.

“Dengan penawaran kursus-kursus ini dapat memberi pendedahan kepada masyarakat khususnya golongan belia supaya mereka mudah untuk merebut peluang pekerjaan ataupun menjadi usahawan yang mampu menyediakan peluang kerja,” katanya.

MoU tersebut ditandatangani oleh Kasim bersama Ketua Pegawai Eksekutif CF Learning, Grace Chin dan disaksikan Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Profesor Dr. Shahril Yusof, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Profesor Ir. Dr. Rosalam Sarbatly dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Profesor Madya Dr. Raman Noordin. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS jadi universiti awam pertama Malaysia terima Biasiswa Kedutaan China

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular