HomeIsu tempatanProgram 'Mentor Mentee' bantu tingkat bakat, potensi golongan belia

Program ‘Mentor Mentee’ bantu tingkat bakat, potensi golongan belia

Read Time:1 Minute, 9 Second

Kota Kinabalu : Program ‘Mentor Mentee’ yang diperkenal Sabah FC II tepat pada masanya dalam usaha mengetengahkan bakat dan potensi golongan belia di negeri ini.

Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) Tan Sri Liew Yun Fah yang dilantik sebagai mentor program berkenaan berkata, program berkenaan mampu mencungkil bakat belia seterusnya melahirkan belia berwawasan.

”Itulah kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ini prihatin bagaimana beri peluang kepada belia tampil ke hadapan untuk bersama-sama setanding dengan orang.

“Kalau mahu Sabah Maju Jaya (SMJ) dicapai sepenuhnya, kita harus ada sekumpulan belia-belia yang bakal ditolak ke hadapan agar mereka menjadi jentera utama kita ke hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas dilantik sebagai Mentor program berkenaan dalam satu program bersama pasukan Sabah FC II, di Kota Kinabalu. 

Pengumuman tersebut dibuat Pengurus Sabah FC II, Datuk Abdul Kassim Razali.

Liew berkata, selaku bekas Menteri Belia dan Sukan turut menyokong penuh program berkenaan yang berfaedah kepada belia.

Beliau mengajak belia menyokong Sabah FC II bagi menjayakan program ‘mentor mentee’ ini.

Dalam pada itu, Liew yang juga Pengerusi DESA (Sabah), salah sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menjalankan perniagaan agro makanan dan tenusu berkata, pihaknya akan menyokong setiap program Tangungjawab Sosial Korporat (CSR) kerajaaan membantu rakyat memerlukan.

Pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan rakan kongsi bagi pelaksanaan CSR  berkenaan.

Beliau turut mencadangkan kerajaan supaya menggalakkan pelabur luar turut melaksanakan program CSR di negeri ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Program Rakan BORNEENSIS 2024 pupuk kelestarian alam semula jadi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular