HomeSukanPARALIMPIK: Kemenangan Ziyad ‘Dirompak’ Ekoran Protes Dari Ukraine

PARALIMPIK: Kemenangan Ziyad ‘Dirompak’ Ekoran Protes Dari Ukraine

Read Time:48 Second

Cyberjaya ~~ Kejayaan jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli meraih pingat emas ‘dirompak’ oleh protes yang dilakukan oleh kem Ukraine pada pentas final di Tokyo, .

Difahamkan, kem Ukraine melakukan protes berikutan tiga atlet iaitu Ziyad, Todd Hodgetts (Australia) dan Jordi Patricio (Ecuador) dikatakan lewat untuk memasuki bilik panggilan sebelum pertandingan dimulakan.

Berdasarkan semakan di laman Paralimpik Tokyo, ketiga tiga atlet terbabit mendapat status ‘DNS’ sekali gus menyebabkan mereka dianggap tidak layak beraksi sekalipun Ziyad sebelum itu memecahkan rekod dunia dengan catatan 17.94 meter lapor portal Berita Harian.

Bagaimanapun, protes terbabit menyaksikan apa yang dilakukan Ziyad tidak dikira.

Keputusan rasmi menyaksikan Ukraine yang melakukan protes berjaya meraih pingat emas dan perak bagi acara lontar peluru F20.

Susulan itu, pingat emas menjadi milik Maksym Koval yang melakukan catatan 17.34 meter sekali gus menjadi rekod dunia sementara pingat perak dirangkul Oleksandr Yarovyi yang mencatat balingan 17.30.

Gangsa dimiliki atlet dari Greece, Efstratios Nikolaidis yang melakukan catatan 15.93m.

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala SMJ : Persiapan Sabah FC untuk lihat kekuatan, kelemahan pasukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya