KMT: Perujian Memanah Pengisian Sambutan Hari Kemerdekaan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 24 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PAPAR: Meskipun negara dilanda pandemik COVID-19 hampir dua tahun namun tidak mematahkan semangat ahli Kelab Memanah Tradisional (KMT), Masjid Puncak Taqwa (MPT) pekan Kinarut dekat sini, menyambut Hari Kemerdekaan dengan cara norma baharu.

Jurucakap KMT MPT, Redhuan Anazrie Mohamad berkata, kelab tersebut menganjurkan Perujian Memanah sempena sambutan Hari Kemerdekaan hari ini di perkarangan Masjid Puncak Taqwa yang dihadiri kira-kira 30 orang ahli dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Walaupun dalam keadaan pandemik tetapi kami gembira dengan semangat patriotik sambutan yang dizahirkan dengan cara para peserta memakai busana tradisional pahlawan Melayu.

“Seramai 10 orang peserta termasuk seorang peserta tunggal wanita mengambil bahagian dalam Perujian Memanah tersebut,”katanya.

Menurut Redhuan, idea ini tercetus selepas hasil perbincangan bersama ahli-ahli kelab.Tujuan sebenar perujian ni bukanlah untuk bertanding semata-mata tetapi adalah untuk mengeratkan lagi jalinan silaturrahim dan ukuwah di antara semua ahli pemanah sekaligus menanam semangat juang dan bersatu memerangi penularan COVID-19.

“Selain dapat menguji tahap kemampuan setiap seseorang pemanah bermaksud di sini kita boleh tahu di mana tahap kita berada sekarang. Ini adalah untuk penambahbaikan pemanah itu sendiri di masa-masa akan datang.

“Objektif program ini juga adalah untuk menarik minat anak-anak muda dan pemanah sedia ada untuk menghidupkan sunnah nabi iaitu sebagai sukan dan simbol kekuatan tentera Islam,” kata Redhuan ketika dihubungi Sabah Media hari iini.

Dalam pada itu, Pemanah Harapan disandang oleh Rosli Mohd Sani, manakala Busana Tercantik dimenangi oleh Halimah Masir.

Turut hadir Pesuruhjaya Majlis Dakwah Negara (MDN) Sabah merangkap Penasihat MPT Samin Ongki dan Pengerusi MPT Prof Madya Dr Awang Setia Musleh.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *