HomeUtamaCOVID-19: Kes-Kes Sporadik Sudah Berada Dalam Komuniti

COVID-19: Kes-Kes Sporadik Sudah Berada Dalam Komuniti

Read Time:1 Minute, 32 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Hari ini ialah Hari Kebangsaan Malaysia yang disambut dan diraikan setiap tahun. Tetapi dalam peperangan melawan pandemik COVID-19, belum ada yang boleh diraikan hari ini kerana peningkatan kes di Sabah yang dikaitkan dalam kes-kes sporadik iaitu pembawa/punca virus yang sukar dikenalpasti sudah berada dalam komuniti.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, selepas kes harian turun dua hari berturut-turut, ia naik semula hari ini sebanyak 284 kes, menjadikan jumlah baharu keseluruhan adalah 2,594 kes berbanding 2,310 kes yang dicatatkan semalam (30 Ogos 2021) selain 15 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu lima kes di Kota Kinabalu, empat kes di Penampang manakala Lahad Datu, Tawau, Beaufort, Beluran, Tenom dan Tuaran masing-masing mencatatkan satu kes kematian.

Menurut Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri berkata, jumlah kes di daerah Papar naik mendadak kepada 264 kes daripada 49 kes sahaja semalam manakala Sandakan menambah 68 kes, Putatan naik 37 kes, Penampang dan Kota Kinabalu masing-masing menambah 31 kes.

“Walaupun Saringan Kontak Rapat masih penyumbang utama kepada kes-kes baharu iaitu 1,573 kes atau 60.6%, tetapi jumlah yang diperolehi daripada Saringan Bergejala meningkat kepada 787 kes atau 30.3% berbanding 680 kes atau 29.4% semalam.

“Justeru itu kes dalam kategori ini adalah dianggap kes-kes sporadik, yakni pembawa/punca virus sukar dikenalpasti mahu pun dari tempat mana asalnya dijangkiti dan ini menandakan bahawa virus sudah pun berada dalam komuniti.

“Kes-kes sporadik ini sering dikaitkan dengan kegagalan atau kecuaian mematuhi SOP serta amalan penjagaan kesihatan diri yang tidak sempurna,”jelas Masidi.

“Berikutan dengan peratusan kes daripada kategori ini, ia adalah agak tinggi di beberapa daerah kalau kita ambil statistik hari ini sebagai petunjuk; Tawau 44.6%, Penampang 41.4%, Putatan 38.5% dan Kota Kinabalu 31.9%,” tambahnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya