HomeIsu tempatanB.A.Y.U Matrix Show inisiatif ASTiF UMS galak pelajar ceburi industri kreatif 

B.A.Y.U Matrix Show inisiatif ASTiF UMS galak pelajar ceburi industri kreatif 

Read Time:1 Minute, 30 Second

Kota Kinabalu : B.A.Y.U Matrix Show 2024 yang diadakan di Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mampu menjadi platform bagi memberi pendedahan kepada pelajar untuk menceburi industri kreatif sebagai kerjaya masa depan.

Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Amerrudin Ahmad berkata, industri kreatif mempunyai banyak cabang yang berpotensi untuk diterokai bagi menjana pendapatan.

“Pameran seni seperti B.A.Y.U Matrix Show ini adalah penting untuk para pelajar mempersembahkan hasil karya mereka kepada khalayak ramai, dan usaha baik ini membolehkan orang ramai melihat pelbagai bentuk karya seni yang sarat dengan makna dan idea. 

“Matlamat ASTiF adalah untuk menghasilkan graduan bagi mengisi bidang pekerjaan di luar sana dan objektif itu dapat dilihat melalui pameran sebegini dan tentu sekali dapat diisi kerana bidang ekonomi kreatif sangat luas dan ekosistem rantaiannya sangat banyak,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan pameran tersebut di ruang legar Bangunan ASTiF UMS. 

Beliau turut berharap program tersebut diadakan lebih kerap sebagai inisiatif mengetengahkan hasil karya sekali gus membangunkan seni visual di peringkat universiti.

Pada majlis tersebut, Amerrudin turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 20 pelajar terbaik B.A.Y.U Matrix Show 2024.

B.A.Y.U Matrix Show 2024 merupakan ekspresi kreativiti, nilai dan cerita di sebalik pengalaman pelajar tahun akhir Program Teknologi Seni Visual (TSV), ASTiF selama tiga tahun menuntut di UMS. 

Pameran tersebut menyaksikan sejumlah 130 karya seni daripada 96 orang pelajar tahun akhir Program TSV yang merangkumi pelbagai seni visual seperti lukisan, media campuran, seni cetak, arca dan pemasangan, seramik, batik, animasi, filem pendek, dokumentari dan pengiklanan. 

Hadir sama pada perasmian pameran tersebut Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah, Datuk Ts. Dr. Ramzah Dambul dan Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Dr. Sharip Zainal Sagkif Shek. 

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

IBTP UMS perkasa bidang konservasi hidupan liar melalui kerjasama antarabangsa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular