HomeUtamaPeniaga diingatkan patuhi arahan berkaitan penurunan harga runcit telur ayam - KPDN...

Peniaga diingatkan patuhi arahan berkaitan penurunan harga runcit telur ayam – KPDN Sandakan

Read Time:1 Minute, 41 Second

Sandakan : Para peniaga khususnya di daerah ini dinasihatkan supaya mematuhi arahan mengenai penurunan harga runcit telur ayam gred A,B dan C selain tidak menjual melebihi daripada harga maksimum yang telah ditetapkan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan Azdy Zukkry John berkata, ia adalah susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung harga runcit telur ayam gred A, B dan C di seluruh negara akan diturunkan tiga sen sebiji berkuat kuasa Isnin lalu.

Katanya, pihaknya juga mahu para peniaga meletakkan tanda harga berwarna merah jambu yang bertujuan membezakan dengan barangan lain serta mempamerkan dengan jelas tanda harga ke atas semua barangan yang dijual.

“Pada hari ini, sepasukan pegawai KPDN Cawangan Sandakan bersama saya telah menjalankan pemeriksaan harga dan bekalan telur ayam gred A, B dan C di salah sebuah ladang di daerah Sandakan. 

“Hasil pemeriksaan mendapati pihak peladang telah menurunkan harga telur ayam gred A, B dan C seperti mana arahan Kerajaan dan bekalannya juga adalah mencukupi.

“Pemeriksaan selanjutnya yang dijalankan di salah sebuah pasar raya di daerah ini yang telah menerima bekalan telur ayam daripada ladang berkenaan turut mendapati harga yang dijual adalah berdasarkan harga yang ditetapkan Kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas mengadakan lawatan dan pemantauan di beberapa kawasan sekitar daerah ini di sini hari ini.

Azdy berkata, bagi daerah Sandakan, harga runcit telur ayam yang berkuatkuasa pada Isnin lalu bagi gred A adalah RM0.48 sen sebiji, gred B berharga RM0.47 sen sebiji dan gred C adalah RM0.46 sen sebiji.

Katanya, ia adalah berdasarkan penentuan harga maksimum telur ayam, harga maksimum borong dan runcit barangan harga terkawal bagi kawasan Pantai Timur, Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Tongod dan Telupid.

“Para pengguna khasnya yang ingin membuat aduan mengenai salah laku peniaga adalah disarankan agar membuat aduan menerusi saluran aduan rasmi yang telah disediakan oleh KPDN.

“KPDN Cawangan Sandakan sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumat dan aduan berkaitan boleh disalurkan menerusi saluran-saluran rasmi aduan yang disediakan,” katanya. SABAH MEDIA / FOTO KPDN Sandakan

RELATED ARTICLES
Utama

China kekal sebagai rakan perniagaan penting Sabah

Mahkamah Kota Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular