HomeUtamaKerajaan Sabah terus beri perhatian, keutamaan kepada keperluan pendidikan

Kerajaan Sabah terus beri perhatian, keutamaan kepada keperluan pendidikan

Read Time:1 Minute, 27 Second

Tawau: Kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian dan keutamaan kepada keperluan pendidikan serta isu pendidikan demi memastikan pendidikan anak bangsa khususnya di negeri ini terus diberikan perhatian.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Kerajaan juga komited selain merangka pelbagai program dan memperkasakan inisiatif-inisiatif sedia ada demi memastikan setiap anak-anak mempunyai akses kepada pendidikan.

Katanya, ia juga adalah demi kecemerlangan pendidikan di negeri ini, termasuklah memperkasa ekosistem sains, teknologi dan inovasi.

“Bagi tujuan itu, Kerajaan Negeri memperuntukkan bajet yang besar iaitu sebanyak RM474.55 juta untuk meningkatkan tahap pendidikan di Sabah tahun ini.

“Peruntukan itu juga adalah untuk memperkukuhkan lagi pembangunan modal insan seperti pemberian biasiswa dan dermasiswa, pembangunan serta operasi sekolah termasuklah perpustakaan.

“Ini sejajar dengan hasrat kerajaan negeri dalam pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menekan kepentingan modal insan.

“Inilah bukti betapa kerajaan sangat prihatin akan kebajikan rakyatnya dan sentiasa memberikan yang terbaik untuk meningkatkan tahap pendidikan negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Pengurusan Sekolah (MAPENS) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) 2024 di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kung Ming di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Dalam pada itu, Hajiji turut mengucapkan tahniah kepada semua pendidik atas kejayaan yang dicapai dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 dengan lonjakan yang amat memberangsangkan.

Katanya, pencapaian calon peperiksaan SPM Tahun 2023 lebih baik berdasarkan indeks Gred Purata Negeri (GPN) berbanding tahun lepas dengan nilai GPN 5.09 mata pada 2023 berbanding 5.22 mata pada tahun 2022, perbezaan 0.13 mata.

“Saya berharap dengan kerja bersungguh-sungguh dan penuh komitmen semua guru akan dapat meneruskan legasi kecemerlangan pendidikan negeri Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN TAWAU-APAS POST

RELATED ARTICLES
Utama

SPRM bidas helah pemberi maklumat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular