HomeUtamaBanjir : Sebuah lagi PPS dibuka, jumlah mangsa terus meningkat

Banjir : Sebuah lagi PPS dibuka, jumlah mangsa terus meningkat

Read Time:40 Second

Kota Kinabalu : Seramai 114 mangsa banjir dipindahkan ke dua buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di dua buah daerah di Sabah setakat jam 8 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, dua daerah yang terjejas dengan banjir semalam itu adalah di Penampang dan Putatan.

“Setakat jam 8 pagi tadi, seramai 114 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Penampang dan Putatan berikutan banjir yang berlaku sejak petang semalam.

“Bagi daerah Penampang, jumlah mangsa terlibat adalah seramai 112 mangsa melibatkan 40 ketua isi rumah (KIR), manakala di Putatan, dua mangsa melibatkan dua KIR dipindahkan ke PPS di Putatan,” menurut kenyataan itu di sini.

Dua PPS yang dibuka adalah di Dewan Kebudayaan Penampang dan Dewan Sri Putatan.

Laporan Sekretariat JPBN Sabah menunjukkan trend banjir di Sabah menunjukkan peningkatan. – SABAH MEDIA / FOTO APM

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan curi kabel punca gangguan bekalan di Kinarut

Mahkamah Kota Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular