HomeUtamaSyarikat konsesi diseru ambil tindakan serius aduan parit tersumbat, tidak diselenggara

Syarikat konsesi diseru ambil tindakan serius aduan parit tersumbat, tidak diselenggara

Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menyeru semua syarikat konsesi yang dilantik dalam perkhidmatan pembersihan dan penyelenggaraan parit untuk bertindak serius dalam menyampaikan perkhidmatan kepada Bandaraya Kota Kinabalu.

Hotline DBKK baru-baru ini, pada 2 Julai lalu, telah menerima aduan parit tersumbat dan dipenuhi sampah sarap di Taman Seri Indah, Kuala Menggatal.

Hasil pemeriksaan walau bagaimanapun telah mendapati bahawa kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan parit di kawasan tersebut adalah terletak di bawah bidang kuasa sebuah Syarikat Konsesi yang dilantik.

Bertindak ke atas aduan awam tersebut, pihak DBKK telah dengan serta-merta menyalurkan aduan kepada Syarikat Konsesi berkenaan. Walau bagaimanapun, aduan yang sama turut diterima sekali lagi pada 3 Julai 2024.

Pihak DBKK kemudiannya membuat pemeriksaan semula ke atas status aduan dan didapati kerja-kerja pembersihan parit telah dilaksanakan oleh Syarikat Konsesi tersebut pada 5 Julai 2024.

Jumlah longgokan sampah yang banyak di dalam parit telah dikenal pasti sebagai punca kepada sekatan aliran air.

Longgokan sampah telah dibersihkan dan sistem perparitan telah mengalir dengan baik.

Sementara itu, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata Dewan Bandaraya Kota Kinabalu amat mengutamakan kesejahteraan dan keselamatan masyarakat awam.

“Sehubungan itu, semua syarikat konsesi yang dilantik adalah diingatkan untuk memberi prestasi terbaik, menambah kekerapan jadual penyelenggaraan dan mematuhi spesifikasi skop kerja yang ditetapkan.

“Pada masa sama, warga Bandaraya Kota Kinabalu turut diseru untuk bersama-sama mengambil tanggungjawab dalam menjaga keteraturan sistem perparitan dengan tidak membuang sampah ke dalam parit.

“Tindakan ini akan menyumbang kepada permasalahan parit tersumbat dan akhirnya menghalang sistem perparitan berfungsi dengan baik,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular